Bersalin

Sakitnya Kontraksi Bersalin! 7 Perkara Encik Suami Mesti Peka

6.6K
SHARES

“Orang kata, sakit bersalin ni sakit sangat…. Sakit yang macam mana ya? Risau pula memikirkannya.”

Bagi wanita yang bakal pertama kali melahirkan bayi, mesti sukar membayangkan bagaimana agaknya rasa sakit bersalin. Mungkin ada yang menganggap rasa sakit itu adalah apabila meneran, ada yang takut sakit kalau kena ‘gunting’ (episiotomi), atau ada yang memang fobia bila tengok darah.

Walaupun setiap pengalaman bersalin ibu adalah berbeza, namun rata-rata pasti ramai yang bersalin normal akan memberitahu betapa sakitnya menahan kontraksi sebelum tiba masa melahirkan bayi.

Selain mempersiapkan mental untuk menghadapinya, eloklah kalau para suami juga mengetahui serba sedikit tentang kesakitan kontraksi menjelang bersalin.

Sakitnya Kontraksi Bersalin! 7 Perkara Encik Suami Mesti Peka

Apabila saat bersalin hampir tiba, kesakitan inilah yang akan ditanggung oleh isteri.

1. Sakit Punggung / Vagina

Bila saat melahirkan hampir tiba, biasanya mulut rahim akan mulai menipis dan melebar dengan sendirinya. Masa inilah otot-otot terasa sakit di sekitar leher rahim yang mengalami tekanan kerana kepala bayi makin ke bawah.

Bila kontraksi semakin kerap dan kuat, makin nyerilah kesakitan yang dihadapi oleh ibu. Ada yang merasakan seolah-olah senggugut yang sangat teruk.

Kalau nampak isteri tengah sakit begini, cuba tenangkan mereka dan suruh isteri tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas sambil tutup mulut. Biar mereka genggam tangan anda, lebih-lebih lagi apabila bukaan semakin besar. Memang sakit tu!

tanda hampir bersalin

Foto Kredit: nursingshow.com

2. Sakit Pinggang

Lagi satu tempat yang kritikal sakitnya apabila menjelang proses bersalin adalah sakit pinggang. Dalam beberapa kes, kedudukan bayi secara posterior boleh menyebabkan ibu mengalami sakit belakang yang amat kuat.

Sakitnya bukan main-main. Awal-awal mungkin masih boleh ditahan, tapi semakin lama sakitnya semakin tak tertahan. Memang tak pernah rasa sakit pinggang yang begitu hebat. Boleh menggigil satu badan!

sakit bersalin normal

Foto Kredit: birthinternational

3. Lenguh Kaki

Bila pinggang dan punggung dah sakit, secara tak langsung kaki pun terasa lenguh selenguh-lenguhnya. Ada yang sampai susah nak berjalan, lebih-lebih lagi bila air ketuban dah pecah.

Walaupun rasa sakit bersalin hanya akan hilang selepas bayi dilahirkan, urutan suami sedikit sebanyak akan membantu emosi isteri untuk menghadapi rasa sakit ini.

pengalaman dalam bilik bersalin

Foto Kredit: simplybirthnh.com

4. Rasa Macam Cirit-Birit

Mesti ada yang pernah rasa macam sembelit atau nak terberak masa nak bersalin kan? Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada usus lalu membuatkan kita rasa memulas seolah-olah nak membuang air besar.

Sebelum rasa sakit yang kuat betul-betul menyerang, mungkin ada ibu yang dah berulang kali ke tandas. Ini adalah salah satu simptom hampir bersalin yang perlu diawasi.

sakit bersalin normal

Foto Kredit: lebanon24.com

5. Menggigil

Kesakitan bersalin bukanlah sesuatu yang dibuat-buat. Rasa sakit menahan semua proses yang berlaku ini boleh menyebabkan ibu menggigil-gigil, berpeluh-peluh, dan ada juga yang berasa mual.

Kesakitan bersalin ini tidak sama jangka masanya – ada yang cepat bukaan rahimnya dan ada yang terpaksa menahan sehingga 1-2 hari sebelum dapat melahirkan bayi.

Foto Kredit: pressa.tv

6. Semua Serba Tak Kena

Walaupun ibu dah membuat pelbagai persediaan mental dan fizikal sebelum bersalin, semuanya boleh jadi serba tak kena menjelang tempoh bersalin. Mana tidaknya, seluruh badan terasa nyeri dan kesakitannya pula sukar dilafazkan. Betullah kata orang, ibu bersalin ni ibarat bertarung nyawa.

Sebagai suami, sentiasalah berada di sisi isteri dan ingatkan mereka untuk bertenang, berzikir, dan memikirkan perkara yang baik-baik. Berlembutlah dengan mereka, berikan keyakinan dan semangat agar mereka terus berjuang. Jangan sekali-kali panik dan marah apabila isteri meminta dipeluk atau dimanjakan. Fahamilah bahawa mereka benar-benar dalam kesakitan yang teramat sangat!

Foto Kredit: sheknows.com

7. Rasa Takut & Bimbang

Bila nampak isteri mengerang kesakitan dan marah-marah, mungkin ada suami yang cepat ‘terasa’. Sebaiknya, cuba fahami keadaan isteri yang barangkali dilanda panik. Bila panik, segala jenis zikir, segala jenis teknik pernafasan yang pernah dipelajari dulu memang takkan ingat! jadi, waktu inilah anda perlu buangkan ego jauh-jauh. Dengan melihat riak wajah suami yang tenang, sekurang-kurangnya isteri dapat mengawal rasa sakit atau stres yang dihadapi.

Rasa tertekan ini menjadikan tubuh badan ibu tidak dapat menghirup udara dengan dalam, dada menjadi ‘ketat’, dan sakit bersalin akan bertambah buruk.

pengalaman dalam bilik bersalin

Foto Kredit: atlantabirthdoula.com

Semua Jenis Sokongan Sangat Bermakna

Percayalah Encik Suami, rasa sakit kontraksi bersalin TERSANGAT sakit. Oleh itu, sekecil-kecil sokongan oleh suami teramat bermakna.

Peganglah tangan isteri, tawarkan apa-apa jenis bantuan yang patut. Sewaktu itu, isteri anda benar-benar memerlukan anda!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×