Hebahan

Saji Lebih 40 Rancangan Menarik & Aktiviti Menghiburkan, Kempen Setulus Ikhlas 2019 Bakal Meriahkan Ramadan Raya Anda!

97
SHARES

Bagi tahun 2019, Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) dan Samsung bekerjasama mempersembahkan “Setulus Ikhlas” yang diaktifkan oleh 100PLUS sebagai tema baharu bagi kempen Ramadan Raya tahun ini. Jika Syukur Selalu mendidik kita untuk sentiasa bersyukur di atas nikmat yang diterima, Terima Kasih menekankan kepentingan untuk berterima kasih untuk memupuk kasih sayang dan keharmonian. Kempen Setulus Ikhlas pula ingin menanamkan pentingnya untuk melakukan sesuatu dengan penuh keikhlasan.

DUTA SETULUS IKHLAS

Bagi tahun ini, mewakili kempen Setulus Ikhlas, Aeril Zafrel, Syafiq Kyle, Wawa Zainal, Zara Zya, Ismail Izzani, Haqiem Rusli, Nabila Razali, Mimi Lana, Mira Filzah dan Hairul Azreen bakal menggalas tugas sebagai duta. Mereka bakal memainkan peranan penting sebagai wajah kempen Setulus Ikhlas di kaca TV, laman media sosial, papan iklan dan pesanan khidmat masyarakat di MPTN dan juga acara padang yang bakal berlangsung sepanjang kempen ini.

Tidak lengkap kempen tanpa acara padang yang menjadi signature setiap kali tibanya Ramadan. Pada tahun ini, MPTN tampil dengan dua acara padang itu Grand Bazar Ramadan Raya di Bulatan Bazarena Stadium Shah Alam dan di Stadium Bukit Jalil. Untuk acara Check-in Kampung pula akan berlangsung di Sungai Besar dan di Mukim Kesang, Tangkak . Tujuan dua acara padang ini diadakan bukan sekadar untuk mempromosikan program-program di MPTN, malah program sebegini memberi peluang untuk MPTN merasa lebih dekat lagi dengan penonton dan sekaligus mengeratkan lagi hubungan MPTN dan masyarakat.

SELEKSI PROGRAM MENARIK SEPANJANG RAMADAN

Sudah pastinya yang paling dinantikan adalah program-program menarik yang bakal disajikan sepanjang bulan Ramadan kali ini. Bagi peminat program Raudhah, anda boleh saksikan musim baharu Jejak Rasul Ulul Azmi, Sahabat Backpackers dan Tanyalah Ustaz. Buat anda yang sukakan program berunsurkan Gaya hidup pula, anda bakal saksikan program seperti Jom Berbuka, Pesan Makan, 1, 2 Bakar Kuih Raya, Apa Nak Makan Ni?,  dan Sembang Sahur.

Tidak lupa juga buat peminat drama, anda akan disajikan dengan drama-drama rantaian hangat seperti Pia, Ikhtibar, Ajak Oh Ijal, 30 Pesanan Suara, Cari Aku Di Syurga dan Diari Ramadan Rafique Reunion. Bukan itu sahaja, seleksi Telefilem Ramadan juga ada seperti Anak Syurga, Terima Kasih Ibu, Maaf Dari Khilaf, Cinta Sesungguhnya, Sinar Ramadan Untuk Amanda, Geng Van Jenazah, Tiga Lima, Masihkah Ada Raya Buatku, Ayyad Aisyah.

PROGRAM RAYA PUN ADA!

Program Raya yang menarik sememangnya menjadi acara yang ditunggu-tunggu disamping menyambut Hari Lebaran bersama keluarga. Jangan risau, kali ini MPTN bakal menyajikan anda dengan pilihan yang padat sempena Raya 2019. Antara program hiburan kali ini adalah Drop The Beat Extra, J.K.K Raya 2019, Senang Terhibur Extra, Melodi Raya Genting, BBB Extra Raya, Muzik-Muzik Raya.

Untuk seleksi drama rantaian dan telefilem istimewa sempenan Raya pula, anda bakal disajikan dengan Aku Tak Raya, Raya Kali Ini, Syawal Untuk Semah, Pujaan Hati Kanda Raya, Samad Tedung, Batik Zakiah, Hantu Don, Derita Pia, Wakaf Dosa, Dosa Yang Tak Diiktiraf.

Tidak ketinggalan juga program bual bicara dan majalah turut akan menyajikan info-info yang menarik di pagi Raya dan sepanjang musim perayaan. Antaranya adalah Borak Kopitiam Raya, Malaysia Hari Ini Raya, Raya Di Penjara, Wanita Hari Ini Raya dan Tanyalah Ustaz Setulus Ikhlas.

Sudah pastinya, Raya anda akan dimeriahkan lagi dengan pilihan filem-filem blockbuster dari dalam Malaysia sehinggalah ke filem blockbuster antarabangsa. Antaranya adalah Mael Lambong, J Revolusi, Pulang, Bahubali The Beginning, Tomorrowland, Boiboiboy The Movie, Dangal, KL Gangster, KL Gangster 2, Abang Long Fadhil, Avengers Age of Ultron, Bahubali Conclusion dan Riddick.

*Jangan lupa untuk menonton pilihan program menarik ini di kaca tv anda nanti! #SetulusIkhlas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×