Inspirasi

Saintis 24 Tahun Jadi Juara Miss America 2020 Lepas Buat Eksperimen Hidrogen Peroksida

313
SHARES

Kalau dalam pertandingan ratu cantik, biasa kita tengok peserta akan menunjukkan bakat menyanyi, menari, atau bermain alat muzik kan?

Tampil berbeza daripada peserta lain, Camille Schrier atau Miss Virginia ini melakukan eksperimen sains menerusi salah satu segmen bakat dalam Miss America 2020.

Camille Schrier, saintis berusia 24 tahun dan juga pelajar Kedoktoran Jurusan Farmasi di Virginia Commonwealth University mengejutkan penonton dan juri apabila tampil lengkap dengan jubah makmal di atas pentas bakat.

Beliau menunjukkan demonstrasi “catalytic decomposition of hydrogen peroxide” dengan menuangkan potassium iodide ke dalam 3 bikar berisi hidrogen peroksida, pewarna makanan dan sabun pencuci pinggan lalu menghasilkan letusan buih berwarna-warni.

Tiada Lagi Pertunjukan Pakaian Renang

Dalam usaha menjenamakan semula Pertandingan Ratu Cantik Miss America ini, buat kali kedua berturut-turut pertandingan ini tidak lagi mengetengahkan segmen peragaan pakaian renang dan evening gown seperti yang dahulu.

Dengan merangkul gelaran Miss America 2.0, Schrier ternyata berjaya mengubah persepsi orang ramai serta meyakinkan juri dan penonton dengan bakat sains yang dimilikinya.

Selain itu, beliau juga mempunyai daya interaksi yang mengagumkan dan menekankan bahawa sains ada di mana-mana dalam kehidupan harian kita.

“Miss America adalah seseorang yang boleh mendidik dan berkomunikasi dengan semua orang, dan itulah peranan kami sebagai saintis wanita. Kita perlu menunjukkan bahawa Miss America boleh menjadi saintis dan saintis boleh menjadi Miss America,” kata beliau dalam ucapannya.

Setelah diumumkan sebagai juara, beliau dihujani dengan ucapan kata-kata pujian kerana berani menampilkan kelainan serta menjadi inspirasi kepada ramai wanita.

Video eksperimen beliau juga menjadi tular di laman sosial.

Buang Stereotaip Ratu Cantik

Sejak tahun 2018, juri telah mengumumkan bahawa mereka tidak lagi menilai peserta berdasarkan fizikal, sebaliknya lebih menumpukan kepada bakat dan personaliti peserta.

Ia adalah perubahan positif yang turut membuang stereotaip terhadap pertandingan ratu cantik yang kita biasa tengok kan?

Schrier mengalahkan 51 peserta lain dan memenangi hadiah biasiswa bernilai 50,000 USD.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×