Keunikan kita di Malaysia adalah pada kepelbagaian kaum yang saling bertolak-ansur dan bertoleransi.
Mesti ada di antara kita yang memang ada kawan rapat yang berlainan bangsa atau agama.
Begitu juga halnya dengan persahabatan yang menjadi viral melalui sebuah video di Tiktok @NorzanaRahmad ini.
Video pertemuan 2 orang sahabat baik, (Melayu dan India) tersebut mendapat perhatian warganet sehingga mencecah ratysan ribu Views dan Like serta turut dihujani ribuan komen yang positif.
Dalam video pendek berdurasi 1 minit 06 saat itu, seorang lelaki membuat kejutan dengan memakai pakaian maskot Mickey Mouse sempena hari lahir sahabatnya itu.
Setelah selesai menyanyi, sahabat itu diminta membuka ‘kepala’ maskot itu untuk melihat siapa di sebaliknya.
Video ini juga membuatkan ramai yang turut terharu sehingga menitiskan air mata melihat keakraban 2 sahabat berkenaan.
Berikut kami kongsikam videonya:
Berkawan sejak kecil tapi berpisah pada umur 12 tahun sebab pindah rumah.
Setelah 25 tahun akhirnya mereka bertemu kembali. Bertapa rindunya dia kepada kawannya.
Dulu suami tinggal estet jadi dia ramai kawan india dan fasih berbahasa India.
Tiktok : @norzanarahmad
Facebook : Norzana Rahmad
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata ramai yang menonton video ini turut sama sebak melihat perhubungan harmoni berbilang bangsa ini.
P/S: Kami pun sama terharu tengok video ni. Tahu-tahu air mata bertakung!
Anda bagaimana pula?