Hebahan

Rupanya Dalam Kapal Terbang Dah Ada Toilet Seat Cover Untuk Kegunaan Penumpang!

306
SHARES

Buat anda yang pernah melancong menggunakan perkhidmatan kapal terbang, pasti tidak ketinggalan untuk menggunakan tandas di dalam kapal terbang tersebut. Namun, bukan semua mengetahui bahawa di dalam kapal terbang sebenarnya sudah mempunyai toilet seat cover untuk menjamin kebersihan para penumpang pesawat. Oleh itu, saudara Asri Ahmad berkongsikan informasi berguna di laman Facebooknya tentang kebersihan tandas dalam pesawat.

DAH DISEDIAKAN TOILET COVER PAD

Nak sampaikanlah sikit pada kekawan yang tak tau. Dalam kapal terbang memang ada disediakan dalam tandas toilet cover pad ni..tapi yang dok jadi lagu lain. Penumpang-penumpang ni dia buat tong sampah…dia buang tisu-tisu yang dia pakai dalam tempat cover pad ni. Dia selit-selit tisu kotor masuk dalam tempat cover pad ni. Tong sampah dia cari tak jumpa, tak pun dia buang sampah tu bawah toilet bowl atau bawah sink. Aku kalau dapat orang buat ni macam nak rotan-rotan tangan dia..biasa sangat.

Lagi satu toilet cover pad ni bukan tisu lap tangan atau muka ya. Sebab ada sesetengah tempat makan.. haaa kita nampak kertas nak sama je kan..tapi tu lain.. so jangan samakan…rasanya ramai dah buat ni. 

PASTIKAN GUNA COVER NI SUPAYA LEBIH BERSIH

Kalau boleh jangan la dok cangkung pijak toilet bowl tu. Tu la gunanya cover pad ni..lapik dulu..then mulakanlah apa yang patut. Pastu jangan la membasuh tu sampai basah lantai-lantai. Kalau basah tu pepandai la lap sendiri, kami sebagai krew ni..kesian .. bukan ada mob pun nak lap lantai. So tolonglah.. kadang tu baru je lap lantai guna tangan dik.. pastu datang check sekali lagi dah basah balik lantai.. pastu kadang sampah merata-rata dibuang.. kesian kami… Sink tu dah guna lap lah…ada tulis kat situ..sila lap sink untuk keselesaan dan kegunaan orang lain pulak.. kena sesama jaga.

Dik…perdana menteri kita Dr M.. kalau guna toilet kapal terbang amat bersih dik.. sink tu kering je dik.. lepas pakai.. saya amat-amat bangga skali..dan puji sesangat..

Lepas tu jangan lupa tekan butang flush tu dik..yang warna biru. Bukan butang emergency panggil crew dik..so kalau crew datang ketuk-ketuk pintu nak check tu. Jangan marah dia orang.. sebab you yang panggil salah tekan butang.. mana tau pengsan ke..dalam tu. Tu la kita kena buka toilet..tetiba opss!

MINTA PADA CREW PLASTIC UNTUK BUANG LAMPIN ANAK

Kalau yang ada anak tu diapers tolong jangan buang tanpa letak dalm plastik bag. Minta la pada crew, ini la gunanya plastik bag yang kita bagi bukan minta buat tapau meal box. Maaf company tak provide plastik bag untuk tapau meal box tu. Domestic flight berlambak yang dok minta ni. Ni semua kos dik, setahun company boleh rugi kat sini..berpuluh ribu..dok tapau makan balik umah. Dengan plastik bag company. Back to the story, supaya diapers tu tak berbau naik dengan pembuangan anak-anak kecik tu satu tandas bau dikk.. sebab tu kena buang dalam plastik bag.

So semoga dengan panduan ni sikit sebanyak dapat memberi ilmu pada kita. Oh ya..kalau tanda isyarat pakai tali pinggang keledar menyala tolong cepat-cepat balik ke tempat duduk. Pengumuman pun crew dah buat..sila jangan pakai tandas ketika ini untuk keselamatan. Tapi kadang-kadang tu baru je kita buat pengumuman dah dia bangun nak jugak pakai. Tapi kalau jadi apa-apa sapa yang susah? Kalau boleh tahan tu tahan la..tapi kalau dah sampai hujung-hujung nak terkeluar tu..kita pun takkan bagi guna, pakai jelah. Jangan tersembur pulak depan toilet tu.. lagi payah nak menyuci.

Tapi jangan salah crew kalau tetiba goncang macam gempa bumi. Pepandai la dalam tandas tu ye, tetiba kaki masuk dalam lubang tandas ke? 

Sumber : Asri Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×