Teknologi

Rupanya Bahaya Simpan Password Di Chrome, Ini Sebabnya….

85
SHARES

“Alamak! Tak ingat password lah. Kena save terus sahaja lepas ni…”

Situasi di atas mesti selalu terjadi kan? Takut terlupa kata laluan dan terus sahaja anda mengambil keputusan untuk save di Chrome untuk memudahkan kegunaan masa hadapan. Sebenarnya, tindakan tersebut boleh undang bahaya dan tidak perlu untuk kita save kata laluan di Chrome.

Hal ini turut akan menjejaskan beberapa perkara lain seperti diulas oleh pengguna Twitter bernama Omar Mokhtar. Bahaya kalau tersilap langkah, boleh digodam! Jom baca…

Baca juga: Cara Nak Trace Password Aplikasi Bila Terlupa, Tak Payah Klik ‘Forgot Password’

RUPANYA BAHAYA SIMPAN PASSWORD DI CHROME, INI SEBABNYA

Password yang disimpan pada Chrome sebenarnya terdedah kepada local attacks. Browser, macam Chrome, hanya melindungi password yang disimpan tu menggunakan OS password saja.

Maksudnya, sesiapa sahaja yang tahu password laptop/komputer korang, dia boleh tengok semua password yang korang simpan pada Chrome.

Ini termasuk juga kalau laptop korang kena curi. Bukan itu saja, password korang juga akan terdedah dengan malware. Maksudnya, kalau penggodam berjaya mengawal komputer korang dari jauh menggunakan malware, dia kemungkinan boleh akses kepada password kat Chrome juga.

Chrome dicipta untuk melayari Internet, bukan sebagai password vault. Lagipun korang juga akan rasa terhad kena pakai Chrome je. Solusinya lebih baik korang guna password manager yang memang khusus untuk simpan password dengan selamat.

KENAPA TAK BOLEH GUNA PASSWORD SAMA?

Aku faham, dalam sehari kita guna banyak servis online; Facebook lah, Twitter lah, Internet Banking lah dan macam-macam lagi. Ada orang mungkin ada lebih 100 akaun di Internet. Sebab malas nak ingat, depa ulang-guna password yang sama ja.

Namun, perbuatan ni akan dedahkan korang kepada apa yang kita sebut sebagai ‘Domino Effect’. Kalau salah satu website yang korang guna kena breach, akaun korang mungkin akan digodam di website yang lain-lain jugak.

Sumber: Twitter Omar Mokhtar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×