Dapur

Buat ‘Stok’ Bahan Masakan Untuk Anak, 5 Minit Dah Siap & Semudah ABC!

Memasak untuk anak-anak terutamanya anak yang masih kecil memang memerlukan kesabaran dalam kalangan ibu. Tambah pula kalau si ibu bekerja, kalau nak masak bubur nasi hampir sejam juga barulah siap, tak terbuat kerja yang lain kan? Oleh itu, jom kita cuba cara dari perkongsian si ibu ini yang menarik perhatian ramai kerana bahan-bahan yang disediakan untuk masak makanan bayi ini sangat mudah, cepat dan teratur.

5 MINIT DAH BOLEH SIAP MASAK!

Ummi nak kongsi pada ibu-ibu yang nak masak dengan mudah semudah ABC. Campak-campak 5 minit siap dah. Buat stock dan freeze kan terus. Sebab rifqi ni tak boleh tengok ummi hilang dari pandangan so terpaksa buat siap-siap.

Puree carrot

1. Potong-potong
2. Steam kan
3. Blend halus
4. Freez kan. Nak masak just amik 1 kiub.

Puree Brokoli

1. Potong-potong, cuci bersih
2. Steamkan
3. Blend halus
4. Freezkan. Nak masak just amik 1.

Beras frozen

1. Basuh bersih beras
2. Rendam 3 jam beras bagi kembang.
3. Masuk bekas. Kuantiti untuk 2 kalau makan/ikut ibu-ibua.
4. Bekukan. Dah beku keluarkan dari bekas dan masuk zip bag.

Ayam beku

1. Potong kecik-kecik
2. Cuci bersih
3. Masuk bekas untuk 1 kali masak.
4. Bekukan. Masuk zip bag. Amik 1 kiub untuk sekali masak.

Serbuk ikan bilis

1.Cuci bersih. Rendam 5 jam untuk buang masin
2. Toskan air.
3. Sangai tanpa minyak. Api slow dan rajin kacau.
4. Blend halus. Simpan bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk.

Chiken Bone Stock (CBS)

1.Campur semua bahan rebus sekali.
2. Rebus 5-6Jam (periuk stainless Steel).

*Mudah kan kalau kita dah siapkan barang-barang ini terlebih dahulu? Setiap kali nak masak hanya campak sahaja!

Sumber : Naufal Raihan

Yang Popular

To Top