Hebahan

RM189,000 Ditawarkan Kepada 21 Pelajar Menerusi Biasiswa Putrajaya Perdana Berhad

9
SHARES

Putrajaya Perdana Berhad (PPB), salah sebuah kumpulan pembinaan, pembangunan hartanah dan konsesi hari ini membantu 21 pelajar bermasalah kewangan, dan meletakkan mereka di jalan pendidikan tinggi dengan menawarkan mereka anugerah biasiswa tahunan.

SONY DSC

Di upacara Anugerah Biasiswa Putrajaya Perdana 2016, yang berlangsung di pejabat PPB, Dato’ Rosman bin Abdullah, Pengarah Urusan Kumpulan PPB berkata, “PPB sering mencari pelajar yang bermasalah kewangan dan memberikan mereka pendidikan peringkat tinggi di mana mereka tidak mampu untuk perolehinya.

Penerima anugerah datang dari seluruh Malaysia. Mereka berhak secara akademik untuk meneruskan pembelajaran di universiti umum dan kolej umum serta swasta.

SONY DSC

Program Biasiswa Tahunan adalah sebahagian daripada inisiatif Corporate Social Responsibility (CSR) bagi memberi peluang pendidikan kepada pemuda negara dan membina masa depan yang lebih cerah.

Sejak 11 tahun yang lalu, PPB telah menyokong para pelajar mendapat pendidikan tinggi, dan setakat ini 97 orang pelajar berpotensi telah menerima anugerah biasiswa tahunan dengan jumlah melebihi RM1.3 juta.

SONY DSC

Untuk layak sebagai penerima, pelajar-pelajar mestilah warganeraga Malaysia dan berumur 19-25 tahun. Hanya pelajar sepenuh masa yang telah pun memperolehi kemasukan atau bercadang untuk masuk ke universiti umum dan kolej umum serta swasta akan dipertimbangkan. Mereka juga perlu memperolehi keputusan yang cemerlang bagi SPM/STPM/Diploma/Matrikulasi atau keputusan yang seangkatan dengannya.

Setiap pelajar ditawarkan RM9,000 bagi setiap tahun akademik. Pelajar yang dipilih adalah dari bidang Kejuruteraan Sivil/Struktur, Kejuruteraan Mekanikal/Elektrikal, Ukur Kuantiti/Bangunan, Pengurusan Bangunan/Pembinaan dan juga Pentadbiran Perniagaan.

SONY DSC

Sejurus menamatkan kursus dan telah graduat, pelajar ini diperlukan untuk berkhidmat sebagai kakitangan PPB atau mana-mana anak syarikat bagi tempoh minimum dua tahun.

Sejumlah RM189, 000 telah ditawarkan kepada pelajar sewaktu berlangsungnya upacara anugerah tersebut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×