Hebahan

RM 55,000 Berjaya Dikutip Bagi Menerusi ROASTERS Chicken Run Ke-12

3
SHARES

????????????????????????????????????

Ia merupakan hari Ahad yang istimewa dengan kehadiran lebih daripada 2,138 peserta larian ROASTERS Chicken Run Ke-12 (RCR) di Desa Waterpark, yang dianjurkan oleh Kenny Rogers ROASTERS (KRR).

Peserta hadir seawall jam 6:30 pagi dan disambut oleh sesi memanas badan oleh Celebrity Fitness sebelum mengambil bahagian di dalam kategori masing-masing.

????????????????????????????????????

“ROASTERS Chicken Run  merupakan salah satu acara signifikan di dalam kalendar kami. Kejayaan acara ini boleh dilihat daripada sambutan yang diterima menjelang edisi ke-12 pada tahun ini. Memandangkan sokongan padu yang kami terima daripada rakyat Malaysia, ini memberikan kami kepuasan bagi melihat objektif kami mempromosikan kehidupan sihat, di samping memberi semula kepada komuniti telah dicapai,” ulas Dato’ Francis Lee, Pengarah Eksekutif Kumpulan Berjaya ROASTERS (M) Sdn Bhd.

“Menerusi jumlah RM 55,000 yang Berjaya dikutip daripada acara ini, kami berbesar hati untuk berkongsi bahawa KRR akan mencapai lebih ramai orang yang memerlukan bantuan dengan menyediakan mereka hidangan enak dan berkhasiat di samping menderma ke pelbagai organisasi menerusi Yayasan Bantuan Makanan,” tambah Dato’ Francis Lee.

????????????????????????????????????

Dana daripada ROASTERS Chicken Run 2016 akan diserahkan kepada Yayasan Bantuan Makanan menerusi 2,000 set Kenny’s Chicken Meals ke lebih kurang 20 rumah kebajikan untuk muda dan tua. Sementara itu, baki dana tersebut akan digunakan untuk membeli bahan-bahan dan barangan runcit kepada rumah-rumah lain yang juga disokong oleh Yayasan Bantuan Makanan.

Yayasan Bantuan Makanan merupakan organisasi bukan berasaskan keuntungan dan beroperasi sebagai bank makanan yang menyediakan makanan asas kepada rumah-rumah kebajikan, pusat-pusat pemulihan, pusat-pusat pemberian makanan, keluarga-keluarga miskin dan papa.

????????????????????????????????????

“Saya bersyukur pada hari ini bagi menunjukkan penghargaan dan sokongan saya kepada acara bermakna ini. Kami menghargai keperihatinan KRR dan rakyat Malaysia, yang tidak mementingkan diri bagi bersama-sama kami pada hari ini dengan menyokong yayasan ini. Dengan sumbangan yang dikutip, kami boleh menjangkau lebih jauh dengan mencapai lebih banyak rumah dan membekalkan mereka dengan bekalan makanan yang lebih berkhasiat,” ujar Rick Chee, pengasas Yayasan Bantuan Makanan pada larian amal tersebut.

ROASTERS Chicken Run (RCR) telah mengutip lebih daripada RM 660,000 untuk organisasi-organisasi dan rumah-rumah kebajikan seperti Little Yellow Flower Foundation, Tabung Kebajikan Pesakit HUKM, Pediatric Unit HUKM (Oncology), Unit TUTUR – Aural Rehabilitation Centre for Hearing Impaired Children bersama-sama dengan Yayasan Budi Peyayang Malaysia and House of Joy and Faith, Yayasan Sunbeams Home, Rumah Juara, Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Rumah Sayangan, Malaysian National Kidney Foundation – Dialysis Treatment for the Young, Rumah Hope, Rumah Kebajikan Anbu Illam, Rumah Charis Ti-Ratana Welfare Society, and Tabung Kebajikan Pesakit PPUKM – Young Diabetic Patients.

ROASTERS Chicken Run 2016 dijayakan dengan sokongan daripada rakan kongsi tempat rasmi, Desa WaterPark. Rakan-rakan lain yang turut menjayakan larian ini adalah 100 Plus, Brooks, BCard, Berjaya Hotels & Resorts, Celebrity Fitness, Unilever Food Solutions, Starbucks, Sports Toto, Krispy Kreme, The Sun, Salonpas, RockTape, Dutch Lady, The Cocoa Trees, Fresh N Sqz, Super Asia, Delphi, and Nestle.

KRR - RCR 2016 - Image B

The ROASTERS Chicken Run adalah salah satu daripada inisiatif Kenny Rogers ROASTERS Community Chest Campaign, yang ditubuhkan pada tahun 2005 bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Untuk makluman lanjut, hubungi 03-2119 9888 atau layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/krrmalaysia.

kenny rogers logo

[box type=”info” align=”” class=”” width=””]ABOUT KENNY ROGERS ROASTERS

Kenny Rogers ROASTERS (“KRR”) was originally set up by popular Country and Western singer, Kenny Rogers, and former Governor of the state of Kentucky, John Y Brown Jr, in 1991. In April 2008, Berjaya Corp Bhd (BCorp) wholly owned subsidiary of ROASTERS Asia Pacific and master franchise for KRR fully acquired the chain’s parent, US-based NF Roasters. Berjaya Roasters (M) Sdn Bhd, a subsidiary of BFood and BCorp, is the operator for KRR chain of restaurants in Malaysia. KRR is a multi-award winning mid-casual dining restaurant with rotisserie roasted chicken as its main core product complemented by a wide variety of wholesome choices. With 100 restaurants all over Malaysia, KRR has also expanded internationally and has restaurants operating in China, Cambodia, Indonesia, Philippines, Singapore, Bangladesh, Brunei, UAE and USA. [/box]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×