Famili

Risau Tak Sempat Makan, Anak ‘Selit’ Bekal Berserta Nota Ringkas Untuk Si Ibu. Sweet!

481
SHARES

Pendidikan anak-anak dari rumah merupakan elemen yang penting dalam ‘parenting’ dan tidak hanya tertumpu kepada pendidikan di sekolah sahaja. Kata orang, kalau perangai anak baik atau buruk, dari ibu bapa dan dari rumah lah datangnya didikan tersebut.

Terdapat perkongsian di laman Facebook dimana ibu ini berkongsikan kisah anaknya yang hampir setiap hari membekalkan makanan untuknya sebelum ke kerja. Apa yang menarik lagi adalah, anaknya hanya tinggalkan nota untuk si ibu baca ketika membuka beg yang sudah diselitkan bekal tersebut. Memang seorang yang penyayang!

‘IBU MAKAN LAH ROTI NI…’

Ni anak bongsu saya.. Tak suka menyepah tapi suka bagi nota dan bekal pada ibunya. Abah dia beli untuk dia makan sebelum ke sekolah, tapi dia risau takut saya tak sempat makan kat tempat kerja. Entah waktu bila dia letak dalam beg, sampai tempat kerja buka beg tengok dah ada bekal siap nota lagi. Allah terharunya ibu rasa, berair mata ni baca nota-nota dia bagi..

Dalam kiriman nota tersebut, anaknya turut menitipkan pesanan supaya ibunya memandu dalam keadaan berhati-hati. Bukan sahaja anak yang dah besar mempunyai rasa sayang terhadap ibu, malah anak yang masih kecil pun sudah pandai menzahirkan rasa sayang terhadap ibu.

Macam manalah si ibu dah sejuk hati bukan?

‘SUCH A SWEET BOY’

Perkongsian kisah ini sudah pasti mendapat perhatian dan pujian orang ramai. Ramai yang memanjatkan kesyukuran ibu ini dikurniakan anak yang sangat menyejukkan hati dan ramai juga mengatakan anak ini sangat ‘sweet’. Semoga akhlak ini berterusan sehingga dewasa ya.

Sumber: Arzuliana Arshad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×