Famili

Rezeki Tak Kenal Usia, Anak Pancing Hanya Guna Joran Mainan Boleh Dapat Ikan Haruan Besar!

191
SHARES

Memancing merupakan satu aktiviti yang seringkali diminati oleh kaum lelaki dan kurang disertai oleh kaum wanita. Jika anda seorang yang merupakan ‘kaki pancing’ pasti tidak sah kalau dalam masa sehari tak pergi ke lokasi memancing tersebut. Bukan itu sahaja, ada juga dalam kalangan si ayah yang suka memancing akan mula melatih anak-anak pula supaya mempunyai minat yang sama. Barulah ada geng untuk memancing sekali nanti kan?

GUNA JORAN MAINAN DAPAT IKAN HARUAN

Bagi mereka yang digelar ‘kaki pancing’ mesti akan tergugat dengan perkongsian daripada laman Facebook Faizal Adha ini. Mana taknya, anak kecil ini hanya menggunakan joran mainan tetapi berjaya dapat seekor ikan haruan besar semasa memancing bersama ayahnya. Itulah indahnya ‘rezeki tak mengira usia’.

Rezeki tak salah alamat. Dari malam tadi sampai pagi sibuk nak mancing. Terus ayah bawak g kedai beli katak hidup, disuruhnya cangkuk jugak kat joran dia. Tak apalah nak ayah ajarkan sikit-sikit tau.

“10 minit kemudian, letup joran ni… Allahuakbar, suka si anak ni..rezeki.”

*Besar pula ikan yang dapat!

Sumber: Faizal Adha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×