Hebahan

REV Media Group Dinobat Penerbit Digital Terbaik Dua Tahun Berturut-Turut, Tahniah!

18
SHARES

REV Media Group yang sebelum ini dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi telah dianugerahkan ‘Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini’ oleh d Awards 2020, Malaysian Digital Association (“MDA”) sekaligus membawa pulang anugerah Emas buat tahun kedua berturut-turut.

RMG PEMENANG PENERBIT DIGITAL TERBAIK TUNGGAL SEJAK 2019

REV Media Group (“RMG”) telah memenangi anugerah yang sama sejak kategori itu mula diperkenalkan buat pertama kali pada tahun 2019, menjadikan RMG pemenang tunggal kategori itu setakat ini.

Selain itu, RMG juga telah dinobatkan anugerah Perak bagi ‘Penggunaan Data Terbaik’ dan merupakan calon finalis bagi kategori ‘Penggunaan Media Sosial Terbaik’ tahun ini untuk kempennya dengan Ecoworld berjudul “Shaping Opinions Through The Opinions Of Others”.

“Kami sangat berbesar hati atas segala usaha kumpulan dalam menyampaikan kandungan dan penyelesaian yang terbaik di seluruh platform kami dikenali oleh pemimpin-pemimpin industri.” -Rafiq Razali, Ketua Pegawai Eksekutif, REV Media Group.

Turut menambah senarai pemenang adalah salah seorang bakat RMG iaitu Nandini a/p Balakrishnan yang telah dinobatkan sebagai ‘Influencer Terbaik Tahun Ini’. Nandini terkenal dengan video-videonya membincangkan isu semasa yang mencetuskan pemikiran sambil berkongsi pendapatnya dengan karakternya yang bersahaja di SAYS.

“Terima kasih atas sokongan dan platform yang telah memberikan saya kebebasan dan kepercayaan untuk berkongsi rasa dengan harapan dapat mencetuskan perbincangan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu sensitif.”– Nandini, Penerbit Video Senior, REV Media Group.

Tahniah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×