Dapur

Resipi Sos Merah Sengkuang Calit Guna 5 Bahan Je, Bila Makan Terimbau Zaman Kanak-Kanak

16
SHARES

Sengkuang calit yang disapukan sos merah memang menggamit memori zaman kanak-kanak dahulu. Ia umpama manisan untuk hilangkan penat lelah selepas habis waktu sekolah atau bermain bersama rakan-rakan di kawasan perumahan. Sukar nak cari gerai-gerai yang masih menjual sengkuang calit sos merah ni sekarang. Jika teringin, mari kita cuba pula buat sendiri berpandukan resipi yang dikongsikan oleh Puan Yatie ni.

5 BAHAN UTAMA SOS MERAH BERSAMA ASAM BOI

Sekarang ni kan kebanyakkan resipi gunakan resipi kuah rojak, bukan sos merah. Saya memang peminat asam boi, resipi sos merah ni saya ubah sikit gunakan asam boi. Kalau gunakan serbuk asam boi lagi sedap.

Makan dengan jambu batu pun rasa sempurna sebab dah cukup masam, masin, manis & pedasnya. Sebenarnya resipi asal gunakan pes asam jawa. Sesiapa yang nak buat versi ori, gunakan jela asam jawa ye. Nak buat sos merah ni senang jer, cuma 5 jer bahan utama.

– 1 peket taucu (40gm)

– 2 sudu makan gula merah (kalau suka manis, boleh tambah 1 sudu makan gula pasir lagi)

– 1 sudu makan bijan atau minyak bijan (saya guna bijan hitam sebab tu jer yang ada)

– 2-3 sudu makan cili giling (ikut kepedasan yag korang suka)

– 1 sudu makan serbuk asam boi atau 3 biji asam boi

– 200 ml air (1 cawan)

– 1 sudu makan tepung jagung dilarutkan dengan air sikit (optional)

Hiasan:

– Kacang tanah disangai & ditumbuk

CARA-CARA MEMBUAT SOS MERAH + ASAM BOI

1) Blend semua bahan kecuali bijan hingga lumat. Ketepikan.

2) Goreng bijan dengan sesudu minyak masak hingga kekuningan (Jika guna minyak bijan, boleh skip langkah ni)
Saya tak blend. Saya lenyek taucu dalam tapis jer.

P/s: Kalau takde serbuk asam boi, kena parut. Boleh jugak potong sikit isinya sebelum blend

3) Masak bahan kisar & campuran minyak+bijan tadi dalam secawan air dengan api perlahan.

4) Setelah cili masak, barulah masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga pekat sikit.
(kalau gunakan cili kisar homemade yang pekat, tak perlu tambah tepung jagung pun takpe)

Bila dah sejuk, sos akan bertambah pekat

Sedap dimakan dengan sengkuang

Mahupun jambu batu. Sos merah yang dah siap boleh dapat 2½ bekas plastik kecik tu (bergantung banyak mane cili yang diguna).

Bila nak makan, taburkan kacang & serbuk asam boi lagi sedap (yang ni saya parutkan asam boi jer kat bahagian atas & tabur gula pasir halus sikit untuk imbangi rasa masam & masin asam boi)

Rasa macam dah lama tak makan sengkuang calit ni kan, jom cuba buat sendiri!

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×