Dapur

Resipi Shellout Paling Mudah Guna Bahan Simple Je. Sedap Hingga Menjilat Jari!

4.5K
SHARES
Resepi Shellout Paling Simple

Kadang-kadang letih fikir nak masak lauk apa hari ni, tambah-tambah lagi musim PKP yang hampir setiap hari mak-mak kena ‘bersilat’ kat dapur.

So, nak tanyalah ramai tak peminat shellout dekat sini?

Dalam artikel ini, kami berbesar hati nak kongsikan resepi shellout simple menggunakan bahan apa yang ada dekat rumah je.

Jom tengok resepi penuh oleh Noor Atika Mahamood di bawah ini.

Resepi Shellout Paling Simple & Sedap

Hai Assalammualaikum.

Kali ni saya nak share resepi Shellout simple cara saya menggunakan bahan-bahan apa yang ada kat rumah.

Senang je tak susah pun, malah lebih sedap masak sendiri berbanding makan di luar tau.

Lagi best bila kita makan comot-comot pun tak perlu nak malu-malu sebab makan kat rumah sendiri takde orang lain tengok, kan?

Nak ratah sampai licin pun takde masalah.

Insha Allah resepi ni cukup segala rasa pedas, masam, manis, masin rasa kari dan aroma daun limau purut semua balance secukup rasa.

Masakan dari air tangan sendiri, sambil masak sambil selawat insha Allah sedap.

Ok jom tengok bahan-bahan dan cara-cara memasak dibawah.

Bahan-bahan

  • 1 kg ketam
  • 1/2 kg sotong
  • 1/2 kg udang
  • 1 biji jagung manis **potong dan rebus
  • 6 biji bwg merah
  • 6 biji bwg putih
  • halia besar ibu jari
  • 5 tangkai lada kering *sikit je sebab lada yang saya guna ni jenis pedas.
  • 4 batang serai *diketuk
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan serbuk kari ikan Baba’s
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 helai daun limau purut
  • Carrot, brokoli, bunga kubis agak2-agak je
  • 1 kiub ayam
  • sedikit hirisan lemon *hiasan*

Resepi shellout

Cara-cara

1. Potong & Celur

Mula-mula kita potong sayur carrot, brokoli dan bunga kubis. Siang seafood. Basuh bersih semua sekali.

Kemudian celur dengan air panas.

Masa celur ketam, sotong dan udang, air rebusannya simpan sedikit utk masukkan dalam sos/kuah nanti.

2. Kisar Bawang

Kisar bawang merah, bawang putih, lada kering dan halia.

Ketepikan.

3. Tumis

Kemudian masukkan daun kari dan barulah masukkan bahan-bahan kisar.

Tumis sampai naik bau dan pecah minyak.

4. Masukkan Serbuk Kari

Masukkan bancuhan serbuk kari,lepas tu tumis sampai pecah minyak sekali lagi.

5. Tambah Sos Tiram & Sos Cili

kemudian masukkan sos tiram, sos cili.

6. Masukkan Air Rebusan, Asam Jawa & Perasakan

Masukkan air rebusan seafood, asam jawa, gula, kiub ayam/ kalau tiada kiub ayam masukkan garam dan perasa.

Perasakan secukup rasa masam manis, masin, pedas semua. Masukkan daun limau purut.

7. Gaulkan Seafood

Masukkan seafood. Balik2 kan sampai sebati…

Siappp!!!

Dah siap nilah hasilnya…

Wajib cuba tau. Berbaloi buat sendiri.

Semoga bermanfaat kepada semua dan
selamat mencuba.

*Resepi shellout simple ini dikongsikan oleh Noor Atika Mahamood menerusi Facebook. Ia telah disubting dan diterbitkan dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut tentang resepi boleh dirujuk pada post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×