Dapur

Resipi Buat Sardin ‘Homemade’ Ini Dapat 32K Perkongsian Di FB!

Mungkin sudah ramai dalam kalangan kita yang kurang membeli sardin di dalam tin gara-gara pernah kecoh dengan berita cacing di dalam sardin bertin. Oleh itu, salah satu cara yang selamat untuk anda menikmati lauk kegemaran ramai ini adalah dengan memasak sendiri sardin di rumah. Nak makan pun sudah tak rasa ragu-ragu lagi.

IKAN SARDIN HOMEMADE

Sejak pandai buat sardin sendiri, memang tak beli dah yang dalam tin. Ragu-ragu juga dek macam-macam kes dulu. Dah 3 bulan merenung tin sardin tiap kali pergi beli barang..hari ni baru dapat buat sardin..buat banyak-banyak..simpan stok frozen.

1. Cuci ikan bersih-bersih..saya guna ikan sardin + saba macerel +-3kg

2. Masukkan minyak..Stir fry 2 biji bawang holand yang dah blend smpai wangi.

3. Masukkan 10 biji tomato blend..gaul rata

4. Masukkan tomato puree 1 tin besar +-400g

5. Masukkan 1 tin air (guna tin tomato puree)

6. Masukkan garam secukup rasa

7. Masukkan gula secukup rasa

8. Masukkan ikan..ratakan kedudukan ikan..pastikan ikan tenggelam..kuah juga elok cair utk elakkan hangit dibawah.

9. Set high preasure 80 minit..kalau buat ikan 1kg 60 minit dah cukup,nanti test dulu samada tulang ikan dah lembut..kalau belum lembut, tambah masa HP 5 minut lagi..jika kuah terlalu cair,boleh stir fry bagi kering ckit..selamat mencuba.

Sumber : Nur Ezani Shukri

Yang Popular

To Top