Rumah Tangga

7 Resepi Kebahagiaan Rumah Tangga, Untuk Suami Isteri

516
reads
Bab nak sediakan bahan masak tu yang 'rajin' tu kan?

Jangan ingat makanan sahaja ada resipi. Rumahtangga juga perlukan adunan kasih sayang yang cukup, baru sedap rasanya!

Indahnya perkahwinan yang dihiasi dengan cinta dan kasih sayang. Kemanisan berumahtangga menyedarkan diri betapa besarnya nikmat yang Allah berikan buat hamba-hambanya melalui kasih sayang. Hubungan suci yang terjalin ini memberi impak yang besar dalam kehidupan insan-insan yang melaluinya.

Untuk mengekalkan sebuah perkahwinan kita perlu kreatif mencipta resepi-resepi tertentu yang boleh diguna pakai dalam perhubungan, untuk memastikan setiap hari yang dilalui dalam perkahwinan memberi kebahagian buat kedua-dua individu yang melaluinya.
Perkahwinan boleh diumpamakan seperti masakan, memerlukan rempah untuk membentuk rasa, memerlukan garam untuk perasa, memerlukan asam untuk sedikit rasa masam,dan gula untuk memberi kemanisan dalam masakan. Tanpa bahan-bahan ini maka hilanglah keenakan masakan itu.

Begitu juga dengan perkahwinan, memerlukan kasih dan sayang untuk terus memekarkan cinta, memerlukan senda dan gurau untuk menambahkan lagi rasa dan warna dalam rumah tangga, memerlukan sedikit pertengkaran manja untuk menghangatkan lagi hubungan.

Resepi kebahagiaan rumah tangga

Anda boleh gunakan resepi-resepi yang berikut untuk merasai ke bahagian dalam perkahwinan. Semoga resepi di bawah bermanfaat untuk digunakan dalam melayari alam berumah tangga. Bahagia sebuah perkahwinan itu terletak kepada cara pasangan itu melayarinya.

Suami solat di masjid, malam-malam ajak isteri tahajjud

Suami solat di masjid, malam-malam ajak isteri tahajjud

1. Solat Berjemaah

Solat merupakan satu kewajipan buat hamba-hambanya. Dirikanlah solat, kerana solat itu merupakan tiang agama.

Sabda Rasulullah SAW yang bermakdus, “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” (Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim)

Solat berjemaah lebih afdhal daripada solat berseorangan. Suami merupakan imam buat isteri. Imamkanlah ahli keluarga anda sekurang-kurangnya satu waktu sehari. Berjemaah itu sesungguhnya mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

Bab nak sediakan bahan masak tu yang 'rajin' tu kan?

Bab nak sediakan bahan masak tu yang ‘rajin’ tu kan?

2. Masak dengan air tangan sendiri

Orang tua-tua selalu berkata, ‘nak ikat suami, ikatlah perut dia’. Ini adalah resepi yang mak-mak kita amalkan. Mereka jadikan air tangan masakan mereka untuk mengikat suami mereka.

Walaupun anda adalah wanita yang bekerjaya cubalah memasak untuk keluarga anda. Walaupun masakan itu ringkas tetapi jika di masak dengan hati yang ikhlas ia tetap hidangan yang terbaik buat ahli keluarga.

Buat wanita-wanita yang kurang mahir dalam masakan, mulalah belajar memasak dari sekarang, ingat ‘practice make perfect’.

Isteri mahukan hadiah penghargaan dari hati suami yang ikhlas

Isteri mahukan hadiah penghargaan dari hati suami yang ikhlas

3. Bagi ‘Surprise

Semua pasangan amat suka perkataan ini. Berilah kejutan buat pasangan anda untuk hari-hari istimewa anda berdua. Selain itu, cubalah buat pembaharuan dalam memberi kejutan. Berilah pasangan anda kejutan yang tidak terlintas di fikiran mereka.

Kejutan juga tidak semestinya hanya untuk hari-hari istimewa, tapi jadikanlah hari-hari biasa anda berdua sebagai hari istimewa dalam hidup anda. Mulakanlah rancangan anda untu membuat kejutan buat pasangan anda.

Dengar dulu apa pasangan mahu cakap

Dengar dulu apa pasangan mahu cakap

4. Beri Perhatian & Jadi Pendengar Setia

Beri perhatian kepada pasangan anda. Luangkan masa untuk bertanya tentang aktiviti-aktiviti seharian mereka. Kongsi setiap kegembiraan dan kesedihan mereka. Dengar keluhan mereka dan carilah jalan penyelesaian bersama.

Jadilah pasangan yang prihatin terhadap setiap emosi pasangan anda. Mungkin ini perkara yang remeh bagi sesetengah orang tetapi setiap perkongsian dan perhatian itu akan membawa hubungan anda ke satu tahap yang baru.

Sentuh pasangan dengan penuh perasaan

Sentuh pasangan dengan penuh perasaan

5. Sentuhan Mesra

Sentuhan merupakan jambatan yang menyambung hubungan emosi antara dua jiwa. Menyentuh pasangan anda mengalirkan cinta dan menyambung ikatan di hati. Sentuhlah pasangan anda dengan penuh kasih sayang. Sentuhan boleh dilakukan dalam keadaan santai.

Pastikan anda menyentuh pasangan anda setiap hari. Jangan mengharap suami atau isteri yang perlu memulakan sentuhan. Jika suami tidak memulakan sentuhan, para isteri ambillah langkah pertama untuk menyatakan pada suami bahawa anda memerlukan sentuhan melalui perbuatan.

7 Cara Menghargai Ibu Bapa Ketika Mereka Masih Hidup

Ambil berat dan bertolak ansur sesama pasangan

6. Komunikasi dua-hala

Kegagalan rumah tangga biasanya berpunca daripada kurangnya komunikasi yang berkesan dalam hubungan. Perkahwinan memerlukan komunikasi untuk menyatakan perasaan cinta dan rindu. Komunikasi juga penting untuk mencari jalan penyelesaian terhadap permasalahan dalam rumah tangga.

Setiap ketidakpuasan hati juga perlu disuarakan supaya tidak menjadi duri dalam hati. Luahkan segala-galanya melalui komunikasi. Belajarlah cara untuk berkomunikasi yang berkesan supaya kedua-duanya memdapat manfaat dan membawa kerukunan rumah tangga.

 

7. Percutian

Ada kalanya, isteri rasa bosan jika hanya duduk di rumah. Bila cuti sekolah sekalipun, asyik balik rumah mak atau mak mentua. Bagaikan tiada masa untuk diri sendiri.

Apa kata masing-masing merancang dan merealisasikan percutian keluarga yang akan diingat sampai bila-bila. Tidak perlu sampai ke kota London atau Paris, Malaysia ada banyak destinasi yang menarik seperti Pulau Tioman, Pulau Perhentian dan lain-lain.

Isteri akan lebih rasa dihargai kerana bebas dari memikirkan soal kerja-kerja rumah, sambil menenangkan fikiran sambil mendengar bunyi ombak laut.

Selamat mencuba!

Yang Popular

To Top