Dapur

Resipi Overnight Oat Pelbagai Buah Untuk Diet Booster Yang Berkesan!

1.5K
SHARES

Oatmeal atau bijirin oat sudah diketahui ramai bahawa ia merupakan salah satu makanan yang sihat. Oat juga sering dihidangkan dan dijadikan makanan kesihatan buat pesakit jantung atau anda yang mempunyai masalah kolestrol yang tinggi. Namun, jangan ingat bahawa oat hanya sesuai untuk mereka yang berpenyakit sahaja tau kerana oat juga sangat sesuai untuk anda yang nak turunkan berat badan!

Kalau bosan dengan makan oat dengan begitu sahaja yang diletakkan air panas, apa kata anda cuba resipi overnight oats yang kaya dengan pelbagai buah-buahan dan kekacang. Memang berkhasiat betul!

RESIPI OVERNIGHT OAT YANG SEDAP

1) Oat (WAJIB)

2) Air Coklat (Soya, Susu Rendah Lemak Pon Boleh.. Sir Tak Minum Susu)

3) Yogurt (Elok untuk diet & susu)

4) Buah Buahan ( ikut selera masing-masing)

5) Kekacang ( tambah rasa crunchy sikit, baru semangat nak mengunyah)

6) Madu (untuk memaniskan, jangan tambah gula pulak, jem diet nanti )

7) Chia Seed (elok untuk detox.. beli RM10 boleh pakai lama)

CARA-CARANYA

1. Pertama sekali, bekas kenalah basuh. Seelok -eloknya guna air panas supaya lebih bersih & OVERNIGHT OAT akan tahan lebih lama.. Selain guna bekas macam Sir ni. Guna mangkuk bertutup pon boleh.

2. Ini buah-buahan & kekacang yang Sir pilih ikot selera Sir. Pastikan buah-buahan yang besor tu dipotong kecik.. Jangan bubuh segedabak besor dalam bekas.

Sir Pilih :

1) Anggur
2) Epal Hijau
3) Kacang Tanah Panggang
4) Mix Dry Fruit (Banyak Jual Kat Kedai Bakeri)

3. Seterusnya, bubuh oat ni separuh jangan bubuh banyak.

4. Tuangkan air coklat ini cukup paras sahaja, jangan terlampau banyak kerana akan menjadikan oat cair. Boleh juga gantikan dengan soya, jus buah atau susu rendah lemak ikut kepada selera masing-masing.

5. Ini adalah contoh sukatan yang sepatutnya.

6. Seterusnya, masukkan yougurt dalam satu sudu atau setengah sudu sahaja. Jangan terlampau banyak kerana akan menjadikan oat anda terlebih masam.

7. Masukkan buah.

8. Masukkan chia seed. Tak perlu banyak.

9. Tambah madu untuk kesegaran buah dan penambah rasa supaya lebih sedap!

10.  Jangan lupa untuk tutup ramuan midnight oat dan simpan dalam chiller dalam masa 1 jam. Barulah makan rasa sedap dan sejuk!

Sumber : Incik Deqwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×