Dapur

Tak Payah Tunggu Ke Korea, Anda Dah Boleh Buat Kimchi Dengan Resipi Ini Di Rumah Je

383
SHARES

Sudah diketahui ramai, makanan Korea merupakan salah satu juadah yang luar negara yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Mempunyai rangkaian makanan yang pedas dan masam seperti apa yang digemari oleh orang Malaysia, anda boleh mendapati kedai menjual makanan Korea dengan mudah. Yang paling mendapat perhatian sudah semestinya kimchi iaitu seperti jeruk sayur di negara kita.

Mungkin kos untuk makanan makanan Korea ini agak tinggi untuk seisi keluarga yang ramai. Jadi, salah satu cara untuk jimat adalah dengan membuat kimchi ini di rumah. Seperti yang dikongsikan oleh si ibu ini dimana anak-anaknya sangat menggemari juadah kimchi untuk dimakanan bersama nasi panas. Jom kita cuba resipi ini!

MACAM MANA NAK BUAT KIMCHI MACAM DEKAT KOREA

1. Guna sebiji kobis cina belah dua basuh celah-celah kelopak.

2. Toskan kobis yang telah dibasuh.

3. Letak garam kasar di setiap kelopak kobis.

4. Dah letak garam simpan dalam bekas.

5. Tutup bekas dan perap satu malam…. hari esok basuh bersih utk kurangkan masin… perah kobis hingga kering. Pastu potong-potong kobis tu.

6. Ni bahan-bahan untuk sambalnya….bawang merah/bawang besar bawang putih halia epal….. semua diblend hingga hancur. Tambah sos ikan tiga empat sudu. Masukkan lada serbuk kalau nak pedas letak lebih saya letak satu sudu makan je. Tambah gula tapi saya gantikan gula dengan madu. Letak sedikit garam kalau kobis tak masin, gaul sebati.

7. Bahan sayuran lain yang disagat panjang-panjang karot dan buah epal. Daun bawang potong agak2 2 inci.

8. Gaulkan semua sayuran dengan sambalnya, simpan dalam bekas bertutup ….. letak dlm peti ais. Boleh makan bila-bila nak. Kimci ni tahan lama tak basi. Makin lama makin sedap.

*Dah tak perlu nak tunggu travel ke Korea kan?

Sumber: Aimah Rasidi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×