Dapur

Yang Nak Diet Kena Cuba Resipi Kek Pisang Versi Sihat Ni. Tanpa Gula & Butter!

2K
SHARES
resepi kek pisang

Siapa kata orang diet tak boleh makan sedap? Walaupun kena control nafsu makan, tapi ada banyak alternatif untuk anda memilih dan menyediakan sendiri makanan yang lebih sihat tapi tetap sedap.

Kami teruja dengan perkongsian resepi kek pisang versi healthy oleh Puan Nyta ini. Kek pisang yang dihasilkan ini tetap sedap, lembut, dan ‘gebu-gebas’ sekalipun tidak menggunakan 2 bahan yang boleh memusnahkan diet anda – iaitu gula dan butter.

Inilah dia resepi kek pisang oat wholemeal yang patut anda cuba. Jom tengok resepi lengkapnya di bawah.

Resepi Kek Pisang Oat Wholemeal Tanpa Gula & Butter. Sihat Tapi Sedap!

Berikut adalah bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat kek pisang ini.

Bahan-bahan

  • 1 cawan rolled oat (saya guna oat yang plastik merah jenama Pristine)
  • 3 biji pisang berangan
  • 3 biji telur
  • 2 biji kurma (nak manis lagi boleh lebihkan)
  • 3 keping roti wholemeal
  • 1 cawan susu low fat
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1 sudu kecil ovalette

Ini jenis rolled oat yang saya gunakan

Cara-cara

Caranya pula mudah sangat. Hanya 3 langkah!

1. Blend Semua Bahan

Pertama sediakan semua bahan dan masukkan dalam blender.

Kisarkan hingga betul-betul sebati.

2. Masukkan Ke Dalam Acuan

Bila dah sebati, bolehlah dituang ke dalam acuan. Gunakan parchment paper atau kertas lapik supaya kek tak melekat dan berkerak pada loyang.

Di atas adunan tadi bubuhlah topping buah pisang dengan cara potongan masing-masing. Nak bubuh topping lain pun boleh. Tapi kalau diet kena kawal sikitlah, tak boleh letak yang manis-manis.

3. Bakar

Kemudian dah bolehlah dibakar pada suhu 180 darjah selama lebih kurang sejam atau sehingga masak.

Beginilah hasilnya yang dah siap dibakar dan dipotong.

Sesuai Untuk Semua!

Walaupun namanya kek pisang versi sihat atau khusus untuk diet, tapi dah tentu ianya sesuai untuk dinikmati oleh semua peringkat umur.

Untuk anak-anak pun elok sangatlah kita bagi makan kek homemade begini berbanding kek-kek lain yang banyak gula, kan? Kurang sikit rasa risau sebab bahan yang digunakan semuanya sihat-sihat belaka.

Jadi, jomlah pakat cuba ramai-ramai dan kongsikan hasilnya dengan kami di sini!

 

*Resepi asal kek pisang oat versi sihat ini disumbangkan oleh Nyta Gh menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan, boleh rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×