Dapur

Resipi French Toast Caramel Yang Unik, Sedap & Boleh Siap Dalam 5 Minit Je

2.4K
SHARES

French toast atau roti bakar merupakan antara menu makanan yang digemari oleh orang ramai khususnya anak-anak. Bukan sahaja rasanya yang rapuh di luar lembut di dalam, anda juga boleh pelbagaikan inti roti tersebut sebelum dibakar. Namun, kalau sudah bosan dengan inti seperti kaya, coklat dan sardin, anda boleh cuba pula membuat french toast caramel. Macam mana tu? Jom kita ikut resipi di bawah dan pastinya juadah ini akan menjadi kegilaan anak-anak.

Bahan-bahan

-Roti gardenia
-Fresh milk (kalau tak ada, boleh gantikan susu tepung bancuh)
-Esen vanila
-Brown sugar
-Telur
-Butter

Cara-cara

1.Pecahkan telur dalam mangkuk dan masukan susu satu cawan.

2. Masukan brown sugar setengah mangkuk kecil

3. 1 tudung esen vanila dan kacau

4. Celup roti

5. Bakar atas pan

Untuk sos karamel

1. Cairkan butter

-masukan sedikit brown sugar

2. Masukan lebih kurang 2 sudu besar susu

3. Bila dah pekat tutup api

SIAP!

*Terliur nampak drizzle caramel tu!

Sumber: Anum Jauzy

To Top
SKIP THIS AD ×