Dapur

Resipi Ayam Goreng Korea Viral Paling Senang, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi!

45
SHARES

Bukan kerana rupa hidangannya sahaja yang tampak menyelerakan malah rasanya juga memang tidak pernah mengecewakan, apa lagi kalau bukan menu ayam goreng ala korea yang ‘trend’ sekarang ni. Mudah saja sebenarnya nak buat sendiri sos ayam tersebut, jadi selepas ni tak perlu makan di luar lagi. Boleh beli bahan dan masak sendiri kemudian kongsi dengan keluarga atau jiran. Sesuai sangat untuk dimakan bersama mi segera korea pedas yang viral sekarang ataupun nasi. Sedapnya!

BAHAN-BAHAN

Perapan ayam

– Kepak ayam (3 ketul)

– Garam

– Serbuk lada hitam

Sos ayam

– 6 biji bawang putih

– 1 sudu makan kicap manis.

– 1 sudu makan cuka

– 2 sudu makan madu

– 1 sudu makan chili flakes

– 1 sudu makan serbuk cili

CARA PENYEDIAAN AYAM

1. Potong ayam kepada dua bahagian

2. Perap dengan garam dan serbuk lada hitam

3. Salut ayam dengan tepung jagung

4. Panaskan minyak masak dan goreng ayam selama enam minit

5. Angkat ayam dan toskan minyak dan rehatkan ayam goreng selama 15 minit

PENYEDIAAN SOS ALA KOREA

1. 6 ulas bawang putih dicincang

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih tadi

3. Masukkan 1 sudu makan kicap manis

4. Masukkan 1 sudu makan cuka makan

5. Masukkan 2 sudu makan madu

6. Masukkan 1 sudu makan chili flakes

7. Masukkan 1/2 sudu teh garam bukit

8. Masukkan 1 sudu makan serbuk cili

9. Masukkan sedikit air dan masak selama 1 ke 2 minit

10. Gorengkan ayam buat kali kedua sehingga masak, gorengan kedua akan membuatkan ayam rangup

11. Angkat dan toskan minyak kemudian salutkan ayam goreng dengan sos

Siap dan sedia untuk dimakan!

Sumber: Dapur Che Kam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×