Menu asam pedas menggunakan ikan sudah menjadi sinonim dengan kita. Kali ni mari kita cuba pula asam pedas dengan kepala ikan merah sebagai bahan utama masakan ini. Letakkan sedikit rempah kari ikan. Haa, sudahnya memang susah nak berhenti makan!
BAHAN-BAHAN MEMASAK ASAM PEDAS
CARA-CARA MEMASAK ASAM PEDAS
1. Panaskan minyak, masukkan halba 1 sudu besar dan serai titik dalam 2 batang. Jangan lama-lama takut hangus, pahit asam pedas nanti. (halba ni letak ckit je pon utk wangi masakan kita ni)
2. Selepas itu, masukkan bahan kisar. Lada kering, bawang merah, bawang besar (taknak pun tak apa), lada burung (kalau nak pedas). Sedikit belacan, sedikit halia, kunyit hidup (penting). Kisar sampai halus baru asam pedas nampak lembut je. Kemudian tumis sampai masak dan pecah minyak dengan cantik.
3. Haa ni tambahan rahsia kesedapan dia. Jarang orang letak bahan ni. Jangan banyak. 1 sudu besar rempah kari ikan cukup. Barulah asam pedas kita kaw.
Jarang orang letak benda alah ni .
4. Masukkan asam keping, Jangan banyak, sebab nak masukkan asam jawa lagi. Letak satu keping sahaja.
5. Lepas dah masuk semua. Step pertama, kacau biar sebati pecah minyak.
6. Dah cantik pecah minyak bolehlah masukkan air asam jawa. Ikut citarasa tahap masam yang diinginkan.
7. Kemudian masukkan air, jangan banyak nanti cair asam pedas kita. Asam pedas kalau cair tak rasa nikmat.
8. Bila dah mendidih. Masukkan gula, garam dan sedikit bahan perasa.
9. Bila dah mendidih, rasa dah cukup. Masukkan dulu separuh bunga kantan & daun kesom. Untuk sebati kan rasa dia dalam kuah tu.
10. Haaa ni la dia kepala ikan merah. Masukkan dalam kuah yang dah siap cukup semua rasa.
11. Pastikan ikan tu basuh dan rendam dengan air asam jawa. Baru laa isi dia tak hancur. Pejal dan cantik.
12. Kita tutup jap. Perlahankan api.
13. Yeay dah hampir-hampir siap dah ni. Bau pon semerbak je satu rumah. Masukkan bahan tambahan ini. Tomato, baby corn, bendi, daun kesom, bunga kantan.
14. Nampak tak kejadian dia. Meriah kan.
15. Bagi dia mendidih perlahan. Jangan lama-lama nanti layu sayur tu tak sedap pulak
16. Okey dah masak sempurna. Minyak pon dah cantik. Tu tanda masakan kita dah betul-betul masak.
17. Siap akhirnya! Boleh masak nasi dan makan.
Sumber : Makcik Miera