Habis je Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti semua dah handal memasak! Itu lah yang sesuai diperkatakan buat semua rakyat Malaysia. Ini kerana hari demi hari ada sahaja resepi baru yang dikongsi bersama. Tidak kira dari resepi appetizer sehingga lah ke resepi dessert, ternyata bahawa memasak adalah aktiviti yang paling popular sepanjang tempoh PKP ini.
Seperti perkongsian kita pada hari ini, resepi Sotong Kukus Limau yang dikongsi oleh Irene Raihan dilaman facebooknya boleh menaikkan nafsu makan setiap orang. Boleh dikatakan menu yang sihat untuk dimasak, boleh dikatakan bahawa resepi ini sesuai untuk mereka yang inginkan makanan berkhasiat dan sihat juga sesuai buat semua lapisan umur.
Resepi Sotong Kukus Limau
Bahan-bahan yang perlu ada
– Sotong
– Cabai melaka merah, hijau
– Sos ikan
– Limau nipis
– Daun ketumbar (akar sekali)
– Gula
– Bawang putih
– Daun pudina
– Lengkuas dan serai
Cara-cara Memasak
1.Mula mula cuci sotong bersih-bersih
2.Potong sotong seperti dalam gambar tapi jangan sampai putus.
3.Susun sotong dalam bekas untuk kukus, letak lengkuas, serai (potong), akar ketumbar, sedikit bawang putih. Letak atas sotong.
4.Kukus buka api paling kuat, dah masak buang air sotong.
Cara-cara Membuat Sos
1.Masuk 1 sudu besar gula, 3 sudu besar air limau, 2 1/2 sos ikan, satu ulas bawang putih dan cabai melaka potong, kacau hingga hancur.
2.Sos dah siap tuang atas sotong yang kita kukus tadi, angkat tabur daun ketumbar dan daun pudina hias dengan potong sedikit limau nipis nipis dan letak atas.
Itu dia resepi yang mudah dan ringkas untuk dimasak. Sesuai buat menu makan tengah hari anda! Selamat mencuba!
Sumber : Irene Raihan