Dapur

Dah Bosan Dengan Bubur Ayam, Cuba Resepi Sup Barli Yang Lazat & Berkhasiat Ini

1.1K
SHARES
resepi sup barli

“Demam-demam macam ni memang tak ada selera nak makan. Nak makan bubur ayam pun rasa macam dah bosan. Apa lagi yang menu yang menarik sikit ya?”

Pening juga kepala memikirkan menu bila tengah tak berselera nak makan. Tekak pula sakit, lidah terasa pahit, hidung pun tersumbat. Bila dalam keadaan begini, memang sesuai makan makanan yang berkuah – dan yang penting perlulah berkhasiat.

Kalau dah bosan dengan bubur ayam, apa kata cuba resepi sup barli yang mudah hasil sumbangan Puan Siti Annallyssa ini. Cuma perlu rebus. Rasanya pula memang lazat dan penuh dengan khasiat kebaikan. Makan masa tak demam pun sure licin!

Resepi Sup Barli Yang Lazat & Berkhasiat

Jom kita tengok cara buat sup barli yang sangat mudah ini. Pejam mata pun boleh buat tau!

Bahan-bahan

  • Biji barli
  • Dada ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Halia
  • Serai
  • Lada hitam
  • Sayur-sayuran seperti carrot, daun sup, dan lain-lain ikut citarasa

Cara-cara

Hanya 3 langkah saja nak buat sup barli yang sedap dan menjilat jari. Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Rebuskan Barli

Mula-mula, rebuskan barli selama lebih kurang 30 min atau hingga lembut.

2. Rebus Sup Di Periuk Berasingan

Sementara itu, di periuk lain pula rebuskan dada ayam bersama bawang Holland, bawang putih, halia, serai dan lada hitam.

Tak perlu tumis. Rebus saja dengan air.

Bila ayam dan sayuran dah agak masak, bolehlah perasakan dengan garam.

3. Satukan Barli Dengan Sup

Akhir sekali, satukan barli dengan sup yang dibuat berasingan tadi. Siap!

Mudah, kan?

resepi sup barli

Sesuai Juga Untuk Anak-anak

Simple saja rupanya nak buat sup barli. Selalunya gunakan barli ini untuk buat air saja. Rupa-rupanya menarik juga bila tengok sup barli begini. Buat mereka yang diet pun, bolehlah masukkan menu sup barli ini dalam senarai.

Sesekali mesti seronok juga buat hidangan yang lain sedikit. Hari-hari makan nasi dan roti pun bosan juga, kan? Lagipun, resepi sup-sup begini memang sesuailah dengan anak-anak. Boleh ubah atau pelbagaikan bahannya supaya kena dengan selera anak. Mesti anak suka. Ibu ayah pun enjoy sama.

Selamat mencuba!

 

*Resepi sup barli ini disumbangkan oleh Puan Siti Annallyssa menerusi Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN). Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk lebih banyak tips dan perkongsian menarik, boleh follow Puan Siti Annallyssa di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×