Dapur

Buat Hantu Seafood, Ini Cara Masak Tiram Bakar Berkeju Macam Di Hotel

179
SHARES

Tiram atau oyster merupakan salah satu makanan laut yang menjadi pujaan hati buat anda yang ‘hantu seafood’. Selalu bila tengok dalam filem Hollywood pasti ada juadah tiram yang dihidangkan tidak kira dimasak atau secara mentah. Namun, ramai tahu bahawa harga tiram di pasaran tidaklah murah seperti harga makanan laut yang lain. Oleh itu, bila sudah berpeluang untuk membeli tiram ini pastikan cara anda masak tiram juga adalah betul.

CARA MASAK TIRAM BAKAR

Pernah beli tiram? Atau dapat free? Sis ni dapat free je. @encik_izwan ni dia tau isteri dia ni kreatif kannn. Sebab tu dia main bawak je balik tiram ni. Kawan dia kasi free!

So, macam mana nak masak tiram ni? Meh sis share..

1. Rendam kejap.. dan buang semua parasit-parasit  yang bertenggek atas dia. Bab buang parasit ni sis serahkan pada encik suami. Siapa suruh bawak balik kan.

2. Bila dah bersih putih sikitt, RAHSIA nak bukak tiram ni dengan senang tanpa melukakan jari jemari sis, kita masukkan dia dalam microwave selama 2-3 minit.

3. Dah siap panaskan, amek kain dan pisau tebal sikit dan buka mcm video sis tu. Mudah je kan nampak dia terbuka tu. Maaf ye suara mute sebab CikYam tengah cari perhatian nangis-nangis dan drama sikit.

4. Then susun atas tray, taburkan bawang putih racik-racik, daun bawang racik-racik, lemon sikit 1-2 titis..daaann paling penting! Penting yee.. MOZARELA CHEESE and Cheddar cheese. Paling best kalau ada Parmesan Cheese serbuk lagi padu! 3-3 cheese ni kasi tarok je untuk lebih umph! Letak sikit white pepper.

5. Bakar sampai garing. Macam dalam gambar tu.

6. Siap untuk makan.. cheese tarikkk baaiii.. @encik_izwan geleng kepalaaa laaa makan smpai 5-6 ekor.

*Terliur tengok!

Sumber: Hayati Ahmed

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×