Dapur

Resepi Tepung Pelita Paling Simple Masak Atas Api Je. Cuma 4 Bahan, Rasa Sebijik Macam Kat Bazar

28K
SHARES

Siapa dekat sini minat sangat dengan kuih tepung pelita?

Inilah antara kuih paling popular dekat bazar Ramadhan tiap-tiap tahun.

Jangan risau kalau tak dapat ke bazar Ramadhan sebab kita boleh buat kuih tepung pelita ni dengan mudah di rumah.

Caranya memang cukup senang. Tak payah kukus dan tak pakai banyak bahan pun.

Jom tengok resepi tepung pelita yang dikongsikan oleh Wan Nurul Hidayah ni. Gerenti semua orang boleh buat!

Resepi Tepung Pelita Paling Simple & Sedap

Saya excited bangun pagi ni sebab nak rasa tepung pelita yang dah sejuk menggigil dalam peti ais semalaman.

Alhamdulillah menjadi, sedap macam yang dijual di bazar.

Saya paling suka bahagian hijau tu, manisnya thorbaikkk!

Di sini saya kongsikan resepi yang dah diubah sedikit, iaitu versi tak perlu kukus dan tak perlu daun pandan.

Guna apa yang ada di rumah saja supaya lebij ramai boleh cuba.

Bahan-bahan

Untuk bahagian hijau

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan tepung beras cap apa sahaja selain 5 gajah
  • 4 cawan air
  • 1 sudu besar pewarna hijau epal

Untuk Bahagian Putih

  • 4/5 sb tepung beras
  • 200-250 ml santan kotak
  • 3 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Masak Bahagian Putih

Mula-mula satukan semua bahan untuk bahagian hijau ke dalam periuk.

Kacau dulu bagi sebati, masak dengan api sederhana sampai pekat.

Kacau berterusan ya. Jangan berhenti kacau sebab nanti berketul.

Dalam 10-15 minit adunan dah pekat dah.

Jumlah masa nak buat ni lebih kurang 1/2 jam sahaja.

2. Tuang Dalam Bekas

Bila dah agak likat, terus masukkan panas-panas dalam acuan kecil-kecil.

3. Masak Bahagian Putih

Untuk masak bahagian putih, caranya sama juga seperti di atas.

Masak atas api hingga sebati dan pekat / sampai ada buih besar meletup.

Resepi tepung pelita viral

4. Tuang Atas Bahagian Hijau

Bila bahagian putih yang dimasak tu dah likat, boleh tuang di atas lapisan hijau.

Tuang panas-panas ya.

Tips tambahan:

Blendkan 2 sudu gula pasir sampai jadi gula hancur.

Tabur rata di setiap bekas sebelum letak bahan hijau.

Jadi lagi sedap bila gula tu cair bila adunan bahaguan hijau yang panas diletak.

(Kalau tak faham, tengok dekat bawah ni ada contoh gambar yang dipinjam dari Facebook.)

Hasilnya Sebijik Macam Beli Dekat Bazar

Haa, simple je resepi tepung pelita ni kan?

Kejap je dah siap. Makan sejuk-sejuk lagi sedap.

 

So apa lagi, jom belajar buat kuih tepung pelita sendiri.

Serius jimat bila buat sendiri. Kalau ada daun pandan dan daun pisang tu bolehlah guna bagi lagi sedap aromanya.

Tapi yang ni saya share resepi yang paling senang ikut bahan yang ada di rumah saja.

Insha Allah mudah dan menjadi, semua orang boleh buat!

*Resepi tepung pelita ini disunting dan dikongsikan oleh Wan Nurul Hidayah menerusi Facebook. Untuk sebaramg pertanyaan berkaitan resepi, rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×