Dapur

Resepi Telur Rebus Air Asam Viral. Simple Sangat Tapi Gerenti Makan Bertambah

2.5K
SHARES

Akhir-akhir ni rajin pulak tengok resepi telur rebus air asam lalu lalang dekat wall masing-masing kan?

Nampak macam sedap, mesti ramai teringin nak cuba.

Cara nak buat pun mudah je. Kata Puan Norul Haisyu, rebus telur 7 minit. Buat air asamnya dalam 10 minit. Siap! Bab makan pulak jangan tanya berapa minit sebab 2 kali tambah!

Jom tengok resepi telur rebus airnasam viral yang dikongsikan oleh beliau selengkapnya di bawah ini.

Resepi Telur Rebus Air Asam Viral. Mudah & Sedap

Cara Rebus Telur

1. Basuh telur bersih-bersih dan masukkan ke dalam periuk. Bubuh air sama paras dengan telur.

2. Letak periuk atas dapur dan buka api paling besar. (Ingat, mesti buka api paling besar kalau nak dapatkan hasil cantik macam dalam gambar di bawah ni.)

3.  Kemudian set masa 7 minit. Jangan lebih jangan kurang tau.

 

4. Bila dah cukup 7 minit, kupas telur bawah air paip sebab nak bagi telur tu elok licin tak koyak-koyak. Kemudian toskan dan potong letak dalam mangkuk.

Resepi telur rebus air asam

Ok untuk buat air asam, ini bahannya:

Bahan Air Asam

  • *Cili api
  • *Bawang besar
  • *Tomato
  • Asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Perasa / ajinomoto secukup rasa
  • Air suam

Cara-cara

1. Hiris atau cincang bahan bertanda * atau ikut suka.

2. Bahan selainnya dibancuh sebati.

3. Masukkan cili tomato dan bawang yang dihiris atau dicincang tadi. Tuang air asam.

4. Ops! Jangan makan terus. Relaks dulu… Biarkan kejap dalam 15 minit macam tu barulah sedap makan. Sebab semua bahan tadi dah meresap dan sebati.

Resepi telur rebus air asam

Simple Je Tapi Serius Sedap!

Rasa dia lemak-lemak telur tu. Ada kombinasi rasa masam, masin, pedas dan paling penting rasa nak tambah nasi sepinggan lagi.

Wahh, mudah betul kan?

Sesuai sangat dibuat pembuka selera. Tak payah lauk lain pun boleh buat makan bertambah tau. Memang sedap!

Nak share? Dipersilakan…

Selamat mencuba semua.

 

*Resepi telur rebus air asam ini dikongsikan oleh Puan Norul Haisyu menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×