Dapur

Resepi Tauhu Berlauk Paling Mudah & Sedap Sangat. Patutlah Viral!

92.6K
SHARES

“Ramai pulak yang share resepi tauhu berlauk ni. Sedap sangat ke?”

Sebelum ni viral dengan resepi tauhu begedil, sekarang ni resepi tauhu berlauk pula yang asyik lalu-lalang dekat wall.

Sana-sini orang share, nampak gambarnya pun macam sedap!

Tak sangka rupanya nak buat pun simple je tau. Rugilah kalau tak cuba.

Jadi jom kita tengok resepi tauhu berlauk yang mudah dan sedap hasil perkongsian oleh Azirah Saroji melalui Facebook di bawah ini.

Resepi Tauhu Berlauk Paling Mudah & Sedap Sangat. Patutlah Viral!

Bahan-bahan

  • 2 ketul isi ayam (kalau suka daging boleh bubuh daging)
  • 3 keping tauhu (jenis petak biasa)
  • 4 ketul tauhu telur (yang berbungkus dalam gambar tu)
  • 3 biji telur
  • Bawang holland
  • Carrot
  • Daun sup

Cara-cara

Berikut adalah cara membuat tauhu berlauk step-by-step.

1. Kisar Tauhu & Ayam

Mula-mula kita kisarkan tauhu petak tu, isi ayam, tauhu telur dan telur.

Kisarkan sampai sebati menggunakan blender sampai semua bahan tu hancur dan halus ya.

2. Gaulkan Bahan

Kemudian bahan kisar tadi kita masukkan ke dalam bekas.

Campurkan sekali dengan carrot, bawang Holland dan daun sup yang telah dicincang halus.

3. Masukkan Garam, Lada Hitam & Perasa

Bila dah sebati adunan tadi, masukkan garam, perasa, serbuk lada hitam dan 1 ketul kiub ayam.

Kalau ada lada sulah, boleh bubuh sekali bagi sedap lagi, tapi saya tak ada. Jadi saya guna apa yang ada dekat rumah saja.

Gaul sebati, beginilah hasilnya.

4. Kukus

Kemudian masukkan dalam acuan untuk dikukus. Saya guna acuan lompang ke apa namanye ni.

Lepas tu kukus dalam 15 minit je. Agak-agak isinya dah terkeluar dari acuan tu, rasanya dah masaklah tu.

Taraaaa… Ni yang dah siap kukus.

resepi tauhu berlauk

5. Goreng

Akhir sekali, pecahkan telur, ambil tauhu yang dah siap kukus tadi, celup dalam telur dan goreng sampai kekuningan.

resepi tauhu berlauk

Siap!

OK dah siap pun… Makan macam tu je pun dah syok tau.

Kalau nak lagi sedap, makan dengan sambal kicap.

Untuk buat sambal kicap tu senang je. Caranya blend kicap, gula, bawang putih dan lada ikut rasa nak pedas mane. Lepas tu bolehlah buat cicah. Lagi pedas lagi power!

Selamat mencuba semua.

 

*Resepi tauhu berlauk viral ini dikongsikan oleh Azirah Saroji menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai resepi, rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×