Dapur

Resepi Sushi Sandwich Guna Roti. Simple, Sedap & Sesuai Buat Bekal

303
SHARES
resepi sushi sandwich sushi

Ramai rakyat Malaysia yang suka makanan Jepun / Korea kan?

Rasa makanan laut dengan cara pembuatan yang unik mungkin salah satu faktor kenapa ia cukup diminati dan sesuai dengan tekak orang kita.

Menariknya, resepi sushi sandwich oleh Shahrul Bieha ini diolah dengan menggunakan roti sandwich dan sangat mudah dibuat.

Jom kita tengok resepi sushi sandwich beliau yang dikongsikan melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Resepi Sushi Sandwich Simple & Sedap

Pertama sekali kita sediakan dulu bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sushi sandwich ni.

Saya senaraikan bahan-bahannya di sini:

Bahan-bahan

  • Seaweed roasted potong 2 (beli yang khas untuk buat sushi)
  • Roti Gardenia
  • Salad secukupnya
  • Mayonis
  • Carrot yang telah dipotong memanjang
  • Sosej / crabstick dicelur dan dipotong-potong

*Ramai yang tanya nak beli seaweed dekat mana yang halal. Biasanya boleh beli dekat AEON atau Shopee mudah nak dapat.

Bahan topping

  • Sos cili
  • Mayonis
  • Thousand island / chesee
  • Bijan

resepi sandwich sushi

Cara-cara

1. Lenyekkan Roti & Sapu Mayonis

Mula-mula lenyekkan roti dan sapu mayonis pada roti bahagian depan dan belakang.

2. Susun Roti Pada Seaweed

Kemudian susun roti pada seaweed yang telah di potong kepada 2 bahagian.

Saya pakai 1 1/2 @ 2 keping roti Gardenia yang dah dilenyek lenyek.

3. Tambah Carrot, Sosej & Salad

Seterusnya susun carrot, sosej, dan salad macam kita buat sandwich tu.

4. Gulung

Sekarang kita gulungkan sandwich ni macam sushi.

Nak bagi lekat dekat gulungan terakhir tu saya bubuh mayonis.

5. Potong

Bila dah siap sandwich macam ni bolehlah kita potongkan kepada 5 bahagian.

Susunkan dan tambahkan topping / sos pilihan ikut selera masing-masing.

resepi sushi sandwich

Lagi banyak, lagi sedap!

Resepi sushi sandwich

Mudah, kan?

Dah siap pun resepi sushi sandwich yang simple dan sedap.

Memang sesuai dimakan bila-bila masa dan senang sangat nak buat.

Intinya boleh juga diolah ikut kreativiti dan citarasa sendiri.

Buat untuk bekal anak ke sekolah atau untuk ke pejabat pun ok sangat!

Selamat mencuba.

*Pautan resepi asal : Shahrul Bieha

Most Popular

To Top
×