Dapur

Resepi Samosa Paling Simple Tapi Sedap, Inti Padat. Boleh Buat Stok Frozen

1K
SHARES

“Teringinlah nak makan samosa. Lagipun ada lebih kulit popia daripada raya hari tu. Bolehlah try buat.”

Susah jugak nak cari orang jual samosa sekarang ni kan. Dapat makan yang panas-panas memang best.

Sebenarnya nak buat samosa ni taklah susah sangat. Lebih kurang macam buat karipap, cuma biasanya inti samosa diletak ayam atau daging. Lagi satu, buat samosa ni kita tak payah nak uli doh semua, guna kulit popia je.

Dalam artikel ini kami kongsikan resepi samosa oleh Puan Siti Mariam. Mudah, sedap dan puas makan kalau buat sendiri, kan?

Jom tengok resepi beliau selengkapnya.

Resepi Samosa Ayam Daging Simple & Sedap

Bahan-Bahan

  • Kulit Popia
  • Gam Tepung
  • Minyak Masak
  • Kentang / keledek kuning – dipotong dadu
  • Ayam / Daging Cincang
  • Bawang Putih
  • Bawang Kecil
  • Serbuk Kari
  • Daun sup
  • Daun kari
  • Garam, perasa, gula secukup rasa
  • Air secukupnya

Cara lipat samosa

Cara-cara

1. Tumis Inti

Mula-mula panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.

Masukkan serbuk kari tumis sampai pecah minyak.

Serbuk kari ni kalau bubuh lebih sikit lagi sedap. Jangan kedekut-kedekut. Hehe.

2. Masukkan Ayam / Daging

Seterusnya, masukkan ayam / daging yang dicincang dan kentang / keledek yang telah dipotong dadu.

Ayam dan daging ni ikutlah kuantiti agak-agak suka banyak mana ya.

Masukkan sedikit air bagi mengelakkan kentang hangus.

Masak sehingga kentang dan ayam / daging menjadi lembut.

3. Perasakan

Kemudian, masukkan daun kari dan daun sup.

Akhir sekali, perasakan dengan garam, gula, dan perasa.

4. Lipat Samosa

Dah siap intinya, sekarang kita nak lipat jadikan samosa.

Sediakan gam tepung dulu sebelum melipat. (Tambah tepung dengan sedikit air)

Kemudian ambil kulit popia dan bolehlah mula melipat. Kalau nak ikutkan ada banyak cara nak melipat.

Boleh Google je tengok yang mana senang, antaranya macam yang kat gambar bawah ni.

Cara lipat samosa

Sumber: Google

Lipatan terakhir tu bubuhlah gam tepung supaya samosa tak terbuka ya.

5. Goreng

Dah siap lipat samosa. Bolehlah panaskan minyak masak dan goreng sehingga garing.

Memang sedap makan panas-panas!

Resepi samosa ayam daging simple sedap

Boleh Simpan Stok Frozen

Kalau ada buat lebih, boleh simpan dalam freezer buat stok. Nanti senang bila ada tetamu datang. Nak buat untuk jamuan pun sesuai sangat.

Kalau rajin boleh juga buat jual, insha Allah dapat jadi sumber pendapatan sampingan.

Puas hati buat sendiri ni sebab boleh bubuh inti yang kita suka. Inti pun padat dan kena dengan selera kita sekeluarga.

Jimat dan berbaloi buat kudapan, tak payah asyik cari kuih dekat luar lagi. Boleh goreng samosa sambil minum teh dekat rumah. Mesti seronok makan ramai-ramai dengan anak-anak.

Selamat mencuba!

*Resepi samosa ayam daging ini dikongsikan oleh Puan Siti Mariam menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai resepi, boleh rujuk post asal di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×