Pantang

Resepi Sajian Pantang Lempeng Oat Siti Nurhaliza

1.8K
SHARES

Lempeng merupakan salah satu sajian utama bagi kalangan ibu yang sedang berpantang. Lempeng ini boleh menggabungkan pelbagai bahan seperti buah-buahan dan kekacang. Oleh itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut berkongsi bahawa beliau juga mengamalkan pengambilan lempeng ketika dalam pantang.

Menerusi perkongsiannya di laman Instagram, lempeng yang mengandungi pelbagai makanan berkhasiat seperti oat dan madu ini juga merupakan salah satu diet yang bagus semasa berpantang. Jadi, mana-mana ibu yang sedang dalam proses berpantang tu boleh juga cuba!

LEMPENG OAT DARI DAPUR TOK TI

Rindu lempeng oat makan masa pantang.. kak @susydinda beri resepi , saya buat..Alhamdullillah,jadik jugak..

Bahan-bahan
QuakerOat
Madu
Kismis
Kurma(siat siat bagi kecil)
Horlic
Susu segar
Sukatan takde ye sbb saya ikut perasaan je..

Bukan itu sahaja, rata-rata ramai peminat berkongsi pendapat bahawa pengambilan oat, madu, kismis dan susu segar ini dapat membantu menjadi milk booster buat si ibu.

MILK BOOSTER

MEMANG SESUAI UNTUK DIET PANTANG

BOLEH GANTIKAN MADU DENGAN PISANG

*Anda pun boleh cuba. Mana tahu habis berpantang boleh jadi slim macam Dato’ Siti kan?

Sumber : ctdk

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×