Selalu kita makan roti sosej biasa tu rasa boring jugak kan?
Apa kata kita cuba resepi roti sosej ala oriental dengan sos istimewa oleh Puan Zurina Zulkefli ni?
Nampak menyelerakan dan lain daripada yang lain!
Ini Resepi Roti Sosej Sos Ala Oriental Yang Lain Daripada Lain. Luarbiasa Sedap!
Roti Sosej Sos ala Oriental untuk minum petang.
Dah lama rasa nya saya tak makan sosej. Alang-alang nak makan biarlah makan dengan roti dan sos istimewa saya buat sendiri.
Kali ni sos saya sedikit lain sebab saya lebih suka ada rasa lobak merah dan daun bawang, rasa lebih rangup. Makan roti sosej ni teringat-ingat makan dalam wayang. Huhu.
Resepi saya sediakan di setiap gambar di bawah ya.
Kita tengok bahan-bahannya dulu.
Penyediaan Sos Istimewa
Bahan-bahan
- 1 biji lobak merah dipotong dadu *nak lagi sedap, boleh tambah cendawan butang.
- 1 biji bawang kuning dipotong dadu
- 3 ulas bawang putih dicincang
- 1 sudu kecil biji lada hitam ditumbuk hancur
- 1 batang daun bawang dihiris halus
- 2 sudu besar planta
- 1 sudu besar tepung gandum
- Air – tuang sedikit demi sedikit
- Setengah kiub pati ayam
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- Garam mengikut citarasa
1. Panaskan planta sehingga cair. Api kecil ya sebab kita tak nak planta cepat hangus.
2. Masukkan bawang putih bawang kuning, tumis hingga harum. Kemudian masukkan lobak merah, masak sebati.
3. Taburkan tepung gandum dan gaul sebati.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi kuah.
5. Masukkan kicap, sos tiram, kiub pati ayam dan akhir sekali taburkan lada hitam.
Jangan lupa perasakan dengan garam, sekiranya perlu.
7. Padam api dapur dan taburkan hirisan daun bawang. Gaul rata.
8. Siap sos istimewa saya.
Cara Penyediaan
1. Sediakan sosej.
Saya lebih suka masak sosej di atas kuali sehingga hangus2 sikit supaya ada rasa grill gitu.
2. Untuk roti, kita hiris dari tepi ya.
Kemudian boleh letakkan sosej.
3. Kukus untuk dapatkan tekstur roti yang lembut.
Kalau anda gunakan periuk kukus biasa, pastikan roti dialas kain ya, bagi mengelakkan peluh wap jatuh ke atas roti.
(Saya beli bamboo steamer ni kt kedai jual2 periuk, barangan2 dapur.. harga dlm rm18..)
4. Letakkan sos ke atas sosej.
Siap sedia dihidang.
Selamat mencuba!
*Kredit resepi: Zurina Zulkefli