Dapur

Resepi Roti Sardin Bungkus Ala Pataya Viral Yang Sangat Simple, 5 Minit Dah Siap!

63
SHARES

Roti sudah semestinya menjadi pilihan makanan asas untuk seisi keluarga. Kalau diingatkan semula, ketika mula-mula Perintah Kawalan Pergerakan hampir kesemua pasaraya kehabisan stok roti. Ini menunjukkan roti merupakan makanan yang boleh dimasak pelbagai termasuklah boleh dibuat ‘Roti Pataya’. Macam mana nak buat dan rupa roti pataya tersebut?

Ini adalah resepi yang sangat mudah untuk anda buat roti ini dan sangat sesuai dimakan ketika sarapan. Boleh juga buat untuk anak-anak bawa bekal ke sekolah.

BAHAN-BAHAN

Hari ni first try buat roti inti sardin ala pataya yang depa duk viral tu. Alhamdulillah, menjadi ..inti tu rasanya kita boleh ja letak inti apa kita sukakan…macam inti karipap tu ka kan …

-Inti sardin tin kecik

-Bawang besar potong dadu

-Cabai hidup pun potong kecik-kecik

-Ayaq asam jawa skit

-Garam skit

Masak pi sat ataih api tu…kalau tkmau masak pn tkpa..ikut suka la kn…

Bungkuskan roti yang sudah diletakkan inti sardin bersama-sama dengan telur.

Jangan lupa terbalikkan roti yang telah dibalut.

Bila dah siap dimasak, anda boleh potong bungkusan roti seperti gambar di bawah. Nampak macam pizza!

*Boleh try buat untuka anak-anak bawa bekal ke sekolah. Perut pun kenyang!

Sumber: Saya Suka Masak

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×