Dapur

Lebih 51k Perkongsian, Ini Resepi Roti John Viral Paling Senang Tapi Rasa Macam Di Bazar!

82
SHARES

Memang tidak sah antara juadah yang menjadi pilihan ramai ketika tibanya bulan Ramadan adalah Roti John. Setiap kali berkunjung ke bazar Ramadan, mesti akan panjang sahaja barisan beratur untuk mendapatkan roti kegemaran ramai ini. Berikutan dengan kes Covid yang masih tidak menunjukkan penurunan, walaupun bazar dibenarkan untuk dibuka, kita masih digalakkan untuk masak sahaja makanan di rumah.

Oleh itu, perkongsian cara buat Roti John yang mendapat shares di Facebook lebih 51 ribu adalah apa yang anda boleh cuba di rumah untuk dijadikan menu berbuka atau moreh. Bukan sahaja senang, bila masak sendiri mestilah lagi puas!

BAHAN-BAHAN

-Roti Franfrukter

-Ramly burger lembu

-Frankfurter ayam

-Tumis Bawang Merah + Bawang Putih (Potong dadu)

Masukkan Rempah Kari (Campur air)

Masukkan Daging (Cincang)

Masukkan Sosej (Potong)

Masukkan Garam

Masukkan Lada Sulah (Tiada sukatan sebab saya campak-campak)

1.Pecahkan Telur + Masukkan Daun Sup / Bawang bukan Mak Cik Bawang

2.Campurkan

3.Roti belah dua, jangan bagi putus dan sapukan mentega / planta then terus tekap atas pan

4.Cairkan Mentega / Planta dan tuangkan inti

5.Tekapkan roti

6.Letak Mayonis + Sos Cili , Nak letak timun / Salad atau ikut citarasa pun boleh

7.Lipat roti dan potong!

Boleh cuba untuk menu moreh nanti!

Sumber: Chinta Eyjaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×