Dapur

Resepi Risoles Ayam Paling Sedap & Simple, Boleh Simpan Stok Frozen

540
SHARES

Resepi risoles ayam paling sedap dan simple!

Sekolah dah nak buka tak lama lagi…

Ibu-ibu tentu dah mula fikirkan idea bekalan anak ke sekolah kan?

Satu idea yang boleh kita cuba untuk anak-anak ialah risoles ayam ni.

Memang sedap dan memudahkan ibu sebab kita boleh simpan stok frozen. Jadi, mudah bila nak makan, cuma tinggal goreng je terus!

Risoles ni sesuai untuk dimakan pagi dan minum petang.

Kalau tak nak buat kulit risoles tu, ada alternatif lain iaitu guna kulit popia.

Tak payah salut breadcrumbs kalau guna kulit popia. Juga boleh simpan stok frozen.

Boleh makan begitu saja atau boleh cicah dengan sos.

Di sini kami kongsikan resepi risoles ayam oleh Cahaya Hidup.

Resepi Risoles Ayam

BAHAN-BAHAN INTI

  • 1 cawan isi ayam dicincang
  • 1 biji bawang holland potong dadu
  • 2 ulas bawang putih cincang halus
  • 1/2 st lada hitam tumbuk halus
  • 1 cawan creamer masakan. (Jangan guna yang topping pulak ya)
  • 1 biji kentang saiz kecil potong dadu
  • 1 cawan carrot potong dadu ( sy guna sayur campur yg ada peas dn jagung)
  • 1 cawan cendawan cincang halus
  • 1 sb tepung gandum
  • 1/2 st oregano
  • 1 pokok daun bawang potong halus
  • 1 pokok daun sup potong halus
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 sb mentega untuk menumis
  • Sedikit garam

*Kalau nak ikutkan, bahan inti ni terpulang pada selera dan kreativiti masing-masing juga. Terpulang nak letak apa pun bahan ikut suka kita, tak semestinya wajib letak semua. Nak letak ayam dan kentang saja pun boleh ya!

BAHAN-BAHAN KULIT

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 2 sb tepung ubi
  • 1 biji telur gred A
  • 1/4 st garam
  • minyak masak

BAHAN-BAHAN SALUT BREADCRUMBS

  • 2 biji telur
  • 2 cawan Serbuk roti (terpulang nk guna yang putih atau oren)

Resepi risoles ayam

A. Cara Masak Inti

  1. Panaskan 2 sb minyak masak bersama mentega dan biar mentega cair.
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga layu
  3. Masukkan isi ayam cincang dan kacau hingga ayam masak
  4. Masukkan kentang, carrot, cendawan dan masak hingga kentang dan lobak merah empuk. Masukkan sedikit air
  5. Tuang creamer kacau rata dan masak hingga mendidih.
  6. Tambah lada hitam, oregano, daun sup dan daun bawang.
  7. Perasakan dengan garam. Kacau rata.
  8. Akhir sekali masukkan tepung gandum, kacau rata dan masak hingga pekat sedikit.
  9. Matikan api. Biar inti sejuk, bila dah sejuk inti akan jadi lebih pekat.

 

B. Cara Buat Kulit Risoles

  1. Satukan semua bahan untuk kulit risoles, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Nak mudah masuk dlm blender dan blend semua.
  2. Panaskan kuali non stick dan sapukan permukaan non stick pan dengan sedikit minyak masak.
  3. Kacau adunan tadi dan tuang agak2 1 senduk kecik bancuhan tepung, lenggangkan agar mendapat lapisan kulit yang nipis.
  4. Masak dengan api kecil hingga bahagian tepi seperti terangkat dari permukaan pan.
  5. Angkat dan letak dalam pinggan. Buat kaedah sama hingga adunan selesai.

Cara buat risoles ayam

C. Cara Balut Risoles

  1. Ambil 1 keping kulit risoles
  2. Letakkan inti di hujung tengah2
  3. Balut risoles mcm balut popia
  4. Buat hingga habis

Resepi risoles ayam

D. Salutan Breadcrumbs

  1. Pecahkan telur dlm 1 bekas dn kacau
  2. Letakkan breadcrumbs dlm 1 bekas
  3. Celupkan risoles dalam telur kemudian celup dalam breadcrumbs
  4. Buat hingga habis

Resepi risoles ayam

E. Goreng Macam Biasa & Simpan Stok Frozen

Goreng risoles hingga breadcrumbs bertukar ke golden brown.

Kalau guna breadcrumbs yang oren tu kena pastikan jangan sampai rentung lah ya.

Inilah hasilnya…

Resepi risoles ayam

Kalau nak buat banyak-banyak terus pun boleh. Cuma perlu simpan dalam bekas dan letak dalam freezer.

Nak makan nanti keluarkan dari freezer dan terus goreng. Tak payah defrost dulu pun tak apa.

Tapi pastikan api tu slow ya supaya tak rentung salutan breadcrumbs tu.

Selamat mencuba!

*Kredit resepi: Cahaya Hidup via Masak Apa Hari Ni (MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×