“Teringinnya nak makan putu mayam, tapi dekat mana ada jual? Hari ni tak ada pasar malam….”
Putu mayam merupakan antara makanan tradisional India yang menjadi kegemaran rakyat berbilang bangsa di Malaysia. Mempunyai rasa yang manis, juadah ini sangat sesuai dijadikan sebagai santapan minum petang atau sarapan pagi. Tetapi, memang agak susah untuk dapat putu mayam ini selain dari anda berkunjung ke pasar malam atau pasar minggu.
Oleh itu, ini adalah resepi putu mayam yang anda boleh buat sahaja di rumah dan tak payah nak tertunggu-tunggu tibanya hari ada pasar malam.
MACAM MANA NAK BUAT PUTU MAYAM MACAM DI PASAR MALAM
Yang ni petang semalam Aznie buat.. Ni baru ada masa bubuh kat cni.. lama jugak aznie tak buat putu mayam ni.. semalam buat guna acuan muruku mata paling halus.. senang skit kerja.. tak payah nak tekan2 dah macam dulu.. cuma mata tuk acuan muruku ni rasa tak cukup halus lagi macam yang manual tu.. apa2 pun rasa tetap sedap macam yang kita makan kat luar..
BAHAN-BAHAN
500G tepung beras
750ML air
Secubit garam
BAHAN PELENGKAP
100G Gula perang
100G kelapa parut (putih je)
Secubit garam
Kukus kelapa bersama garam selama 10 minit .. Supaya tak basi…
JOM IKUT LANGKAH-LANGKAHNYA!
-Masak air bersama secubit garam hingga mendidih, tutup api
– Kemudian masukkan tepung beras sedikit demi seidkit, gaul sebati. Jangan risau kalau jadi berketul-ketul, bila dah suam baru kita uli dengan tangan.
-Masukkan ke dalam bekas yang lain. Uli dengan sebati.
-Kemudian, kita perapkan dulu dalam 4-5 jam. Tutup dengan kain basah ye.
-Selepas kita perak, panaskan dulu kukusan. Tudung kukusan selepas kita perap. Tudung kukusan kita balut dengan kain supaya air tak menintik dekat putu mayam kita. Tak payah risau, guna saja lampin anak yang bersih.
-Kemudian masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Jangan letak banyak sangat nanti susah nak tekan. Masukkan sedikit adunan ke dalam acuan. Lapikkan secebis kain bersih di dalam pengukus. Lepas tu kita pusing-pusing bagi adunan turun. Nak besar mana tu terpulang ye.
-Dah habis semua kita buat, dah boleh kukus selama 5 minit.
-Siap. Boleh dihidangkan bersama kelapa parut dan juga gula perang.
*Selamat mencuba!
Sumber : Aznie Khasri