Dapur

Resepi Puding Trifle Paling Lejen & Sedap. Mudah Je Nak Buat!

313
SHARES
Resepi puding trifle

“Tengah panas-panas ni tekak ni memang nak mintak makan dessert je kan? Tiba-tiba teringin nak cuba resepi puding trifle yang sedap tu. Dapat makan memang nikmat!”

Ingat tak dengan puding trifle yang kita biasa makan dulu…?

Dessert ni memang popular orang buat masa open house atau potluck.

Sesekali kalau nak makan sendiri tu boleh juga nak buat sendiri kat rumah, confirm licin.

Sebenarnya simple je nak buat dia tau.

Jom tengok resepi puding trifle yang dikongsikan oleh EJ Azlan ni.

Resepi Puding Trifle Mudah & Sedap

Bahan-bahan

  • Kek gulung (ikut suka nak guna perisa apa) – potong ikut ketebalan yang kita nak
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin buah-buahan dalam tin (kalau nak guna fresh fruit pun ok. Contohnya macam strawberry, peach, kiwi dll)
  • 1 kotak jelly crystal powder (saya guna brand Nona macam gambar kat bawah)
  • 3 sudu besar tepung kastard (sudu penuh membukit tau)
  • 4 sudu besar gula (kalau nak manis / kurang manis boleh lebihkan ikut citarasa sendiri)

Cara-cara

1. Susun Kek Gulung

Mula-mula, susun kek gulung tadi dalam bekas, macam dalam gambar.

Pastikan tak ada lubang tau kat base tu. Kalau ada, pandai-pandailah cubit balance kek dan tampung dekat tempat ada lubang tu.

Lepas tu tekan-tekan sikit bagi mampat.

 

2. Asingkan Buah Dalam Tin

Asingkan buah-buahan dalam tin tu dari airnya.

Gunakan air buah tadi untuk renjis-renjiskan sikit dekat kek tadi bagi lembab-lembab manja gitu.

Jangan basah sangat pulak ye.

3. Masak Kastard

Dalam periuk, masukkan 1 tin susu cair tadi.

Lepas tu sukat air dalam tin susu tadi. Guna 1 tin juga air.

Lepas tu masukkan gula & tepung kastard.

Guna hand whisk atau garfu dan kacau hingga semua sebati. Pastikan tepung kastard tak berketul.

Kemudian baru masakkan atas api yang kecil. Kacau sentiasa sampai ada letupan kecil tu baru tutup api.

4. Tuang Kastard Atas Kek Gulung

Seterusnya tuang kastard tadi atas kek gulung yang dah dibuat base dan ratakan.

Agak-agak kastard dah hampir nak keras baru susun buah-buahan atas kastard tu.

Boleh tekan sikit buah-buahan tu supaya nanti bila tuang jelly buah tu tak timbul sangat.

5. Masak Jelly

Sambil nak tunggu kastard keras sikit, kita ketepikan dulu dan masak jelly.

Ikut cara-cara masak dekat kotak jelly tu je. Just masak atas api hingga agar-agar dan gula tu larut.

6. Tuang Jelly Atas Kastard

Bila dah masak jelly tu, tuangkan ke atas kastard buah-buahan yang dah mengeras sikit tadi.

Tuang perlahan-lahan tau. Lagi elok kalau sendukkan sikit-sikit sampai habis.

7. Sejukkan

Ok dah siap tuang sampai habis jelly tu bolehlah kita simpan dalam peti sejuk.

Nanti dah siap tu bolehlah makan… Sedap tau makan sejuk-sejuk!

Memang Mudah & Sedap…

Wah, simple je cara nak buat puding trifle ni sebenarnya.

Mesti terliur dan dah tak sabar nak makan kan?

Kalau anda memang peminat puding, boleh juga cuba resepi-resepi puding macam di bawah ni ya!

Baca juga: Cantik Berkilat, Meriah Dengan Buah. Ini Resepi Agar-agar Mixed Fruit Yang Simple & Sedap

Baca juga: Sedap Pekena Musim Panas, Ini Cara Buat Puding Marble Yang Sedap & Confirm Jadi

*Resepi puding trifle ini dikongsikan oleh EJ Azlan menerusi Facebook. Jika ada sebarang pertanyaan tentang resepi, sila rujuk posting asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×