Dapur

Resepi Puding Karamel Paling Simple & Cepat, Hanya Guna Empat Bahan Je

1.9K
SHARES

Bila buka peti sejuk, tiada apa nak dimakan. Tapi tekak teringin nak makan pencuci mulut yang manis dan sedap. Kalau nak diikutkan, puding karamel teksturnya boleh buatkan anda cepat muak. Tapi, dengan menggunakan hanya empat bahan, anda boleh menikmati puding di rumah bersama keluarga dan sudah semestinya tak muak!

Bahan-bahan

Telur 5 biji

Susu cair 1 tin

Biskut cream cracker 7 keping

Gula

Cara-cara

Cairkan gula di dalam bekas. Gunakan api yang perlahan supaya tak terlebih hangus dan pahit. Biarkan gula tersebut keras.

Masukkan 5 biji telur, 1 tin susu cair, 7 keping kraker dan 4 sudu besar gula ke dalam blender dan blend hancur bahan-bahan tersebut.

Panaskan periuk pengukus. Masukkan bahan yang di blend ke dalam bekas yang berisi karamel tadi.

Kukus selama 40 minit. Untuk mengetahui puding sudah masak, gunakan lidi dan cucuk ke puding tersebut. Jika lidi bersih menandakan puding telah masak.

Keluarkan puding dari pengukus, biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti untuk beberapa jam. Ia enak dinikmati ketika sejuk.

Selamat mencuba!

Most Popular

To Top