Dapur

Resepi Popcorn Ayam Ala Ayamas Paling Simple Untuk Santapan Anak Umur 9 Bulan Ke Atas

418
SHARES

Apabila umur anak sudah mencecah 6 bulan dan ke atas, pastinya ibu bapa akan menghidangkan pelbagai jenis makanan untuk anak cuba. Selalunya, menu yang berasaskan ayam pasti menjadi kegilaan mereka kerana mempunyai rasa yang sangat enak. Tapi, pasti si ibu akan kekeringan idea tentang menu ayam yang mudah dan boleh dimakan pada bila-bila masa sahaja kan?

Oleh itu, si ibu ini berkongsikan resepi popcorn ayam macam yang boleh didapati restoran makanan segera tapi lebih sihat dan dijamin bersih!

CHICKEN POPCORN UNTUK ANAK UMUR 9 BULAN KE ATAS

Chicken popcorn Nur Imanina. Kesian dia tengok ummi abi makan chicken vege popcorn, buat kat dia chicken popcorn lah. #9bulan. Cara-cara kat gambar, senang dan cepat!

1. Telur sebiji, tepung gandum, tepung kastard, tepung jagung, tepung ubi, oregano & parsley. *bahan simple nak cepat, kalau nak sedap lagi letak lada hitam.

Edited: skip kan tepung kastard sebab ingredient tepung kastard ade gula & pewarna.

2. Masukkan isi dada ayam dalam bancuhan tepung

3. Perap beberapa minit

4. Sediakan tepung ubi, tepung gandum dan tepung kastard dalam bekas lain, untuk salut nak goreng…

Edited: skip kan tepung kastard sebab ingredient tepung kastard ade gula & pewarna.

5. Goreng sampai keperangan, siap.

Siap! Dah boleh makan sampai kenyang.

Sumber : Nurul Wahida Muda

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×