Dapur

Tak Payah Beratur, Ini Resepi Bobba Tea Yang Ternyata Lebih Murah, Bersih & Halal

615
SHARES

Sejak kebelakangan ini, negara kita sudah dilanda dengan ‘tsunami bobba’. Kemana sahaja anda pergi pasti ramai yang bercakap dan berpusu-pusu mengunjungi kedai minuman yang berunsurkan milk tea yang berasal dari negara Taiwan ini. Namun, bila sahaja tekak rasa untuk menghirup air sebegini pastinya anda perlu mengambil masa yang lama untuk beratur kerana sambutan yang diterima memang di luar jangkaan! Jadi, ada caranya untuk anda menikmati bobba tea ini hanya dengan buat sendiri di rumah.

RESEPI BOBBA TEA VIRAL VERSI LEBIH JIMAT!

1.Tepung ubi kayu

2.Pewarna hitam(saya campur warna biru, merah dan hijau)

3.Gula perang skit

4.Garam skit

5.Air
– masak air skit dengan gula dan garam..dah cair garam dan gula tu, tutup api dan masukkan tepung sikit demi skit..pastu uli-uli smpai jadi macam doh kat atas tu..kalau cair ke, tambah-tambah la tepung tu sampai agak-agak boleh gentel camtu.

Seterusnya…

6.Gula merah /gula melaka

7.Air

8.Daun pandan

Pastu campakla gentelan tadi dan rebus..gula merah tu nnti yang jadikan bobba tu sedap..bau wangi macam yang The Alley punye..serius tak tipu. Ni rupa dia bila dah rebus..rebus lebih kurang dalam 30-45 min camtu..sampai air tu jadi pekat..ala-ala caramel gitew.

Pastu tuang la kat bekas..jangan lupa bagi leleh-leleh dekat tepi cawan/gelas..baru fefeeling kat kedai

Letak ais.. saya guna fresh milk plus whipped cream skit..saya shake or nak blend boleh..kasi ade buih-buih..pastu tuang la kat cawan tu..amacam..menggoda kan..Selamat mencuba!

Sumber : Aida Suhana

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×