Dapur

Lebih 13k Perkongsian, Ini Resepi Park Choy Sos Tiram Chinese Style Paling Mudah & Sedap!

118
SHARES

Setiap kali berkunjung ke restoran makanan Cina, pasti anda tidak lepas untuk memesan menu sayur park choy sos tiram bukan? Sangat enak dimakan begitu sahaja ataupun bersama lauk pauk yang lain, menu ini walaupun nampak ringkas tetapi katanya ramai yang tidak menjadi apabila cuba di rumah.

Jadi, ini resipinya yang mendapat lebih dari 13 ribu perkongsian di Facebook dimana anda boleh buat menggunakan sayur park choy ataupun sayur yang lain juga seperti brokoli. Selamat mencuba!

RESEPI SAYUR PARK CHOY SOS TIRAM

1. Pak choy saya belah 2. Rebus bagi masak @ 1/2 masak.

2. Untuk sos, saya masukkan 2@3 sudu besaq sos tiram, 1 sudu kecil secukup rasa & 1/2 sudu kecil tepung jagung (utk pekatkan kuah).

3.Masukkan air kosong. Sukatan agak-agak banyak mana kita nak siram sos nanti. Bancuhan ni kalau sos tiram tak cair elok pun tak apa, nanti atas api, akan jadi elok.

4.Ini pak choy yang dah direbus… susun cantik-cantik dalam mangkuk.

5.Tumis bawang putih yang di potong kecil.

6.Dah kuning bawang putih, masukkan bancuhan tadi, kacau hingga pekat sikit. Tuang atas brocoli @ pak choy.

7.Ini pak choy saya.

8.Ini brokoli sebijik, 2 org makan je cukup ni.

*Sesuai juga dimakan untuk anda yang nak diet tu!

Sumber: Suzana Saad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×