Dapur

Resepi Otak Otak Paling Simple Tapi Guna Isi Ayam, Boleh Simpan Frozen

121
SHARES

Otak-otak merupakan juadah pembuka selera yang sangat digemari ramai. Khususnya jika anda berkunjung ke negeri Pantai Timur, pastinya mudah sekali untuk menjamah makanan yang diperbuat dari isi ikan ini. Namun, tidak ramai yang pernah mencuba otak-otak ayam atau dikenali sebagai pepes ayam. Jadi, kalau nak ubah selera dari selalu menggunakan isi ikan, boleh lah cuba menggunakan isi ayam pula.

RESEPI PEPES AYAM

Sapa-sapa yang biasa makan otak-otak atau sata, PEPES AYAM ni lebih kurang jer rasanya. Hari ni saya buat banyak-banyak, setengahnya saya frozenkan. Senang nak makan…bakar jer dalam oven, boleh makan panas-panas.

Bahan-bahan

Isi ayam bahagian dada – dikisar

2 biji telur

2 sdb ketumbar**

2 sdb jintan manis**

2 sdb jintan putih**

3 btg serai**

5-6 ulas bawang merah**

3 ulas bwg putih**

4 biji buah keras**

1 inci halia**

1 inci kunyit**

Segenggam cili kering**

2 kiub ayam

250 ml santan kara

Secukup rasa

Garam, gula

Daun pisang utk membungkus

Cara-cara

1.Blend semua bahan-bahan bertanda ** kecuali isi ayam dan telur hingga lumat dan tuangkan dalam kuali, masukkan sedikit minyak, kiub ayam, secukup rasa, garam, gula dan santan.

2. Kemudian masak semuanya hingga pekat dan sejukkan sambal.

3. Isi ayam kisar digaul dengan telur, setelah sambal sejuk campurkan dengan ayam kisar tadi. Gaul rata-rata isi ayam dan sambal. Pepes ayam ni nak rasa pedas-pedas manis.

4. Letakkan 1 sdk adunan pepes atas daun pisang dan bungkus mcm kuih koci kemudian kukus selama 20 minit.

5. Masa nak makan bakar sekejap atas dapur. Makan panas-panas, sedapnya!

*Boleh cuba untuk siapa yang tak pernah makan otak-otak ayam atau pepes ayam ini.

Sumber : Rozmaliza Omar

Most Popular

To Top
×