Dapur

Resepi Mushroom Soup Homemade Tanpa Guna Bahan Dalam Tin, Lebih Sihat & Sedap!

42.7K
SHARES

Mushroom soup boleh dikatakan antara menu pembuka selera yang menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga amat menggemari sup cendawan pekat ini. Namun, penting untuk kita elakkan untuk selalu makan mushroom soup di dalam tin kerana mempunyai kandungan pengawet yang tinggi. Jadi, solusinya adalah anda buat sahaja sendiri mushroom soup ini dengan menggunakan bahan-bahan yang lebih fresh! Sedap pun sedap!

RESEPI CREAMY MUSHROOMS SOUP TANPA GUNA SUP CENDAWAN DALAM TIN

Tahu tak canned Mushrooms soup tu tak sihat? Tinggi garam & banyak pengawet. Memandangkan Ibu saya tak sihat, memang ibu tak lalu makan & tak tahan pedas langsung, kesian Ibu. Jadi saya masakkan untuk Ibu Mushrooms Soup yang senang berkhasiat tapi mudah sangat! Abah pun berselera kemain makan. Kat bawah saya sertakan resepi, korang boleh buat bagi anak-anak makan.

Bahan-Bahan :

Dania sarankan korang guna pure butter, barulah mengaum bau wangi dia semerbak harummm.Dania gunakan Anchor Butter Murah & sedap. Sebanyak mana terpulang korang la, mcm Dania suke lebih sikit… Angkat selera bile bau butter tu.

-Butter saya pakai anchor & Olive oil

– Bawang Holand sebijik

– Garlic 3 butir

– Mushrooms suke hati banyak mana, Dania beli 2 box. 1 coklat 1 putih.

Mushroom dania gunakan Button Mushrooms, Beli yang fresh dekat Mall, Dania letak banyak sebab Mushrooms akan mengecut.

– Blackpaper

– Chicken stock

– Daun Parsley fresh lebih baik

-Cooking cream

-All purpose flour (Tepung gandum)

Update :

Resepi ni dimasak semasa Ibu saya ade dan sedap sangat dia makan, Saya masak ni pada tarikh posting di post & sekarang 2/12/2019 Ibu saya telah pun kembali kepada penciptanya, Sedekahkan Al-Fatihah kepada Ibu saya Monaliza Binti Majidah

1. Masukkan butter

2.Masukkan bawang Holland

3. Olive Oil

4. Bawang putih

5. Lada hitam

6. Masukkan cendawan

7. Tepung gandum

8. Chicken stock

9. Parsley flakes

10. Sedikit susu

11. Cooking Cream

Dah siap!

Sumber: Nur Dania Izzati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×