Dapur

Resepi Mudah Takoyaki Ala-Ala Di Jepun Ini ‘Confirm’ Anak Suka. Boleh Buat Untuk Sahur

1K
SHARES

Siapa suka makan Takoyaki? Takoyaki ni memang merupakan ‘street food’ yang paling popular di negara Jepun dan kalau anda pernah melancong ke Jepun pun, memang mudah nak dapatkan makanan ini. Makanan yang ringkas tetapi mengenyangkan ini sudah mendapat perhatian rakyat Malaysia juga kerana rasanya yang memang enak! Tapi, mahal juga harga takoyaki ni bila dibeli diluar kan? Jadi, apa kata anda cuba buat takoyaki ini di rumah sahaja. Bukan itu saja, anak-anak pasti suka sebab makanan mereka dipelbagaikan. Jom tengok cara nak buat takoyaki ni macam mana!

giphy.com

Langkah Demi Langkah Cara Buat Takoyaki

Masak apa tengahari ni kawan-kawan? Sis masak takoyaki je. Takdelah ni cerita minggu lepas. Buat untuk makan malam. Sebab ada kawan-kawan yang tanya macam mana cara buat takoyaki dan minta ajar. Jadi saya ambil gambar setiap proses dan buat resepi bergambar ni.

giphy.com

Resepi Bancuhan Tepung Takoyaki

1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
2 biji telur
2 cawan air (guna cawan yg sama sukat tepung gandum)
1 sudu teh serbuk dashi (gambar ada di komen,boleh ganti dgn serbuk pati ikan bilis juga)
1/2 sudu teh garam

www.facebook.com/aini.rosli

Blendkan aje semua bahan diatas ni kalau malas nak kacau guna whisk.

LANGKAH PERTAMA

www.facebook.com/aini.rosli

Kejadiannya begini ya kawan-kawan. Memang cair macam air susu. Jangan pergi tambah tepung pulak. Pindahkan ke dalam jug kecil supaya senang kita nak tuang dalam takoyaki pan nanti.

LANGKAH KEDUA

Bahan-bahan inti takoyaki

www.facebook.com/aini.rosli

-Sotong (boleh ganti dengan sosej/ayam/crabstick/udang/tuna, ikut suka hangpalah,nak buat versi vegeterian taknak letak lauk pun boleh)
-Kobis cincang
-Daun bawang cincang
-Minyak untuk sapu di takoyaki pan

LANGKAH KETIGA

www.facebook.com/aini.rosli

Nak senang cincang belilah food mixer ni. Saya beli di mr. Diy. Promosi hari tu pwp Rm13 je. Jenama tupperware ada, giacomo pun ada. Tapi mahal sikitlah.

LANGKAH KEEMPAT

www.facebook.com/aini.rosli

Sotong tu kalau nak sedap gaul dengan sos tiram, garam, gula, serbuk lada/paprika. Pastu goreng sekejap. Kalau malas rebus kosong gitu je pun sedap.

LANGKAH KELIMA

www.facebook.com/aini.rosli

Inilah rupa takoyaki pan atau kuali takoyaki tuan,puan. Saya beli di lazada. Pilih yang murah sekali. Rm52. Kalau xde bendalah ni boleh jugak guna acuan kuih cara. Sebelum beli takoyaki pan saya pakai acuan kuih cara juga.

LANGKAH KEENAM

www.facebook.com/aini.rosli

Mula2 panaskan takoyaki pan, kemudian sapu minyak gunakan berus silikon (boleh beli di mr diy).

LANGKAH KETUJUH

www.facebook.com/aini.rosli

Tuangkan bancuhan tepung tadi sampai penuh.

LANGKAH KELAPAN

www.facebook.com/aini.rosli

Letakla inti tadi kat setiap lubang. Sotong, kobis, dgn daun bawang. Yang nampak sepah-sepah sampai kat luar tu takpe sebab kita akan tarik guna lidi lepas ni.

LANGKAH KESEMBILAN

www.facebook.com/aini.rosli

Lepas dah keras permukaan bawah takoyaki ni tolak guna lidi biar jadi serong macam dalam gambar. Kena tunggu keras dulu baru tolak. Kalau tak nanti hancur takoyaki.

LANGKAH KESEPULUH

www.facebook.com/aini.rosli

Last sekali tolak dengan lidi dan terbalikkan setiap takoyaki. Part ni mencabar sikit. Kalau tak faham boleh tengok video cara golekkan takoyaki di youtube. Bila dah bulat cantik, golek-golekkan takoyaki guna lidi sampailah jadi warna keperangan.

Nota: Kalau takoyaki berlubang boleh tambah bancuhan tepung tadi sikit untuk tutup lubang tu.

SIAP!

www.facebook.com/aini.rosli

-Paipkan mayonis. Kalau rajin buat sos okonomiyaki boleh letak sekali. Resepi sos okonimyaki homemade ada di komen. Saya lagi suka makan dengan mayonis je.

www.facebook.com/aini.rosli

– Tabur bonito flakes/katsuobushi. Dalam bahasa melayunya kepingan ikan tuna. Boleh beli di aeon. Takde benda ni tak jadi takoyaki.

Selamat mencuba!

Sumber: Aini Rosli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×