Dapur

Resepi Mudah Ipoh Hor Fun Yang Betul-Betul ‘Kaw’, Boleh Tambah Bermangkuk-Mangkuk!

139
SHARES

Setiap kali anda berkunjung ke Ipoh, Perak tidak sah kalau anda tidak menjamah Ipoh Hor Fun bukan? Walaupun juadah ini nampak biasa dan tidak ‘meriah’, namun Ipoh Hor Fun ini menjadi menu wajib dan laku keras buat anda yang sukakan makanan berasakan sup dan ala-ala Chinese Style.

Buat anda yang berada di luar Ipoh pastinya rasa terliur setiap kali nampak hidangan sebegini di laman media sosial atau di kaca tv bukan? Jadi, apa kata anda buat sendiri hidangan ini di rumah kerana cara-caranya tidaklah sukar. Paling seronok sekali adalah anda boleh tambah bermangkuk-mangkuk sehingga betul-betul kenyang!

Bahan-Bahan Ipoh Hor Fun

-Ayam peha atau pilihan biar yg ada tulang.kalau tak ada tak apa guna isi sahaja pun bole jugak.

-Kueh teow sebungkus

-1 labu bwang putih dicincang

-Bawang holland sebiji potong 4

-3 keping halia

-Satu genggam daun kucai dipotong

-Fish cake / fish ball

-Udang dlm 15 ekor (asingkan kulit dan isi.cuci kepala)

-Seketul kiub ayam

-Sedikit taugeh / Sayur Pak choy

-Air utk buat sup secukupnya

-Garam secukupnya

-Minyak utk menggoreng bawang putih dlm 6 sudu besar (sukatan agak-agak )

-1 sudu minyak bijan optional..

-Ais batu dan air dlm satu mangkuk ( 1 cawan ais batu + 1 cwan air )

CARA-CARANYA

1. Panaskan air sampai mendidik dalam periuk.

2. Masukkan daging ayam. Saya guna whole leg dan buang kulitnya. Boleh juga guna isi ayam sahaja tetapi kalau yang bertulang lagi bagus kerana tulang bagi sup bertambah manis. Renehkan sampai ayam masak.

3. Toskan ayam dan sejukkan. Bila dah sejuk boleh carikkan isi ayam dan ketepikan.

4. 1 labu bawang putih dicincang atau guna blender.

5. Goreng bawang putih cincang sampai kekuningan, api perlahan. Angkat dan toskan.

6. Dengan minyak yang sama, gorengkan kulit udang sampai semuanya rata. Angkat dan toskan.

7. Masukkan kulit udang ke dalam sup tadi. Renehkan selama 30 minit untuk dapatkan kemanis dari kulit udang.

8. Masukkan fish cake dan garam secukupnya. Renehkan lagi selama 10 minit dan angkat.

9.Potong daun kucai dan rendam dalam air. Panaskan sekejap supaya lembut, angkat dan ketepikan.

10.Cuci kueh teow dengan air panas, toskan dan ketepikan. Siap dihidangkan bersama dengan bahan lain.

Siap untuk dimakan!

Sumber: Danieta Kitchen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×