Setiap kali makan cendol di kedai, mesti rasa tak cukup bukan? Tambah pula dengan cuaca yang panas sekarang, hirup air cendol yang sejuk sememangnya kenikmatan yang tiada tandingannya! Jadi, apa kata anda buat sahaja cendol di rumah tetapi tetap sedap dan pekat. Bila buat sendiri barulah puas nak minum bermangkuk-mangkuk pun kan?
RESEPI MUDAH CENDOL PUAS MAKAN SENDIRI
Lunch semalam gi kedai nak kasi mask kat kakak. Tak sangka dapat resepi cendol dari pekerja dia. Jadi terus buat petangnya tu jadi arini Shida share resepi kat korang.
Bahan-bahan
1.5 kg Cendol segera
1 tin susu sejat
1 tin santan pekat
Secubit garam
Gula melaka /Gula merah
Ais
Cara-caranya
1. Nak lebih umph pakai santan kelapa parut yang diblend sampai jadi halus dan ditapis perah ambil santannya. Tapi Shida pakai santan kotak je la.
2.Ambil 1 tin susu sejat campur dengan santan pekat tadi anggaran 1 tin. (Nisbah1:1)
3.Kacau dan campurkan secubit garam untuk naikkan rasa.
4.Cairkan gula melaka/ gula merah di atas api dengan sedikit air. Setelah larut tutup api dan tapis.
5.Untuk penyediaan isikan cendol, gula melaka diikuti santan mengikut selera. Lebih sedap ditambah ais.
Senang je rupanya. Tapiii rasa dia mengancam betul. Buat petang tadi one shot habis terus. Anak-anak semua cakap sedap!
Sumber: Shida Ambok