Dapur

Mudahnya! Ini Resepi Mee Kari Chinese Style Yang Sedap & Pantas Disediakan

resepi mee kari

“Eh, kawan-kawan abang nak datang rumahlah malam ni. Nak masak apa yang simple tapi sedap?”

Kadang-kadang tetamu nak datang bagi short notice, kita pun tak ada idea nak sediakan menu yang menarik. Nak pergi beli dalam kuantiti yang banyak, macam lambat pula nak menunggu. Apa kata cuba buat Mee Kari Chinese Style seperti yang dikongsikan oleh Puan Mar Rahmat. Memang mudah dan cepat ini. Sedap tau!

Resepi Mee Kari Chinese Style Yang Cepat, Mudah & Sedap

Bahan-bahan

Bahan Kuah

  • Halia
  • Bawang putih
  • Daun kari
  • Cili kisar 1 senduk
  • Rempah kari daging 2 paket kecil
  • Santan RM2 (lebih kurang 200g)
  • Ayam 1/2 ekor dipotong kecil
  • Sedikit kerang
  • Daun kesum (daun laksa)
  • Fish ball / fish cake

Bahan Lain

  • Mee kuning
  • Telur rebus
  • Sawi & tauge yang dicelur

*Semua gambar di bawah ni saya masak untuk 100 orang tapi resepi di atas ini hanya untuk 4-5 orang makan saja, macam 1 famili.

Cara-cara

1. Mula-mula tumis halia, bawang putih dan daun kari hingga wangi.

2. Kemudian, campurkan cili kisar dan rempah kari daging. Masak sampai wangi.

3. Seterusnya masukkan santan dan ayam. Biarkan sampai masak.

4. Lepas tu masukkan air lebih kurang 1/3 periuk. Tunggu hingga mendidih.

5. Perasakan dengan garam dan gula.

6. Akhir sekali letak kerang, daun kesum, fish ball dan fish cake.

7. Siap! Boleh makan dengan mee kuning, sawi & tauge yang dicelur dan telur rebus.

Senang Sangat, Tapi Memang Sedap!

Memang simple kan cara nak buat Mee Kari Chinese Style macam ni?

Lain kali tak perlu kalut lagi kalau tetamu datang. Sebab kebanyakan bahannya pun dah ada di rumah dan senang nak cari di kedai runcit berdekatan.

Rugi kalau tak cuba resepi mee kari yang special ni tau. Aromanya saja dah cukup menggoda, tambah pula kalau ada daun kesum. Sekali makan, mesti asyik teringat nak makan lagi lepas tu. Sesuai untuk open house, majlis-majlis, ataupun sekadar hidangan santai di rumah.

Selamat mencuba!

 

*Resepi mee kari chinese style ini dikongsikan oleh Puan Mar Rahmat melalui Facebook. Ia disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk sebarang pertanyaan atau tips lain, bolehlah follow post asal beliau di SINI.

Yang Popular

To Top