Dapur

Resepi Lemang Kukus Guna Cawan Kertas, Elok Kejadiannya!

1.6K
SHARES
lemang cawan

Nak makan lemang tapi susah nak cari dan malas beratur panjang? Jangan risau, sebenarnya anda boleh buat lemang di rumah hanya menggunakan cawan kertas sahaja. Walaupun tidak dibakar macam apa yang dilakukan secara tradisional, rasa lemang menggunakan cawan plastik ini tetap sama walaupun dikukus.

Paling mudah nak buat untuk sambutan Hari Raya kali ini!

RESEPI LEMANG CAWAN KUKUS

-2 kg pulut susu rendam 4 jam

-3 biji kelapa ambil santan dan campur dgn garam spy lemak

-Daun pisang

-Cawan kertas

CARA-CARANYA

1.Letak daun Pisang keliling cawan kertas

2.Isi 5 sudu besar beras pulut

lemang cawan

3.Isi santan lebih sikit dari paras beras pulut

4.Susun dalam periuk kukus

5.Kukus selama 1 jam setengah

6.Siap, daun pisang yang lebih bahagian atas tu boleh lipat ke bawah tekan-tekan sikit bahagian atas pulut bagi rata.

7.Dah sejuk boleh potong.

Boleh dimakan bersama rendang atau kari.

Sumber: Nur Masri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×