Dapur

Susah Nak Cari Buluh, Ini Cara Buat Lemang Dalam Tin & Cawan Kertas

1.8K
SHARES

Mungkin ramai yang suka makan lemang tapi susah nak cari buluh kan?

Sekarang ni dah macam-macam cara kreatif yang kita boleh cuba untuk hasilkan sendiri lemang homemade di rumah.

Guna resepi yang sama macam lemang biasa, cuma diolah sedikit menggunakan bahan yang lebih mudah – iaitu menggantikan buluh dengan tin aluminium atau cawan kertas.

Jom kita tengok cara-caranya di bawah.

Resepi Lemang Homemade Guna Tin Aluminium @ Cawan Kertas

Berikut adalah resepi yang dikongsikan oleh Puan Nor Shafidah Mohamad.

Senarai bahan-bahan yang diperlukan adalah:

Bahan-bahan

  • beras pulut 3 kilo
  • santan 2 kilo
  • garam secukup rasa
  • tin minuman / cawan kertas
  • daun pisang
  • air secukupnya (agak-agak ye)

Cara-cara

1. Basuh Beras Pulut

Pertama sekali, kita basuh beras pulut macam biasa.

2. Rendam Beras Dalam Santan

Kemudian, rendam dengan santan dan air.

Tambah garam secukup rasa.

Biar pulut terendam dalam lebih kurang 1/2 jam.

3. Lapikkan Daun Pisang Dalam Tin Minuman / Cawan Kertas

Seterusnya, bersihkan daun pisang dan masukkan ke dalam tin minuman yang telah dibersihkan atau cawan kertas.

4. Masukkan Pulut

Lepas tu bolehlah masukkan pulut ke dalam tin sampai paras yang dikehendaki. Biasanya isi sampai 3/4 je supaya tak penuh sangat dan terkeluar bila masak nanti.

Sambil tu masukkan santan sampai menutupi atau sama paras dengan pulut tadi. Jangan lebih sangat ya nanti lembik.

5. Bakar

Akhir sekalu, bakar dalam oven selama 1 1/2 jam dgn suhu 180c .

Guna api atas dan bawah.

Siap!

Mudah kan? Bila dah siap, bolehlah makan dengan rendang.

Sedap dan lembut je. Puas hati, rupanya memang macam lemang yang dibuat dalam buluh.

Resepi lemang cawan

Saya buat sekilo pulut dapat 9 tin minuman ni.

Saya potong saja tinnya untuk keluarkan lemang. Kalau yang guna cawan kertas pun boleh buat cara yang sama.

Sumber: Facebook Vie N Mizan

Boleh juga kukus kalau tak ada oven di rumah. Insha Allah dapatlah juga makan lemang walaupun tak ada buluh!

 

* Resepi asal lemang dalam tin ini dikongsikan oleh Puan Nor Shafidah Mohamad menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan boleh rujuk post asal di SINI.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×