Dapur

Resepi Korean Cheesy Garlic Bread Viral Paling Senang, Gebu & Berkrim!

384
SHARES

Baru-baru ini viral di laman media sosial dengan ‘penangan’ roti korean cheesy garlic bread yang dikatakan menjadi kegilaan di Korea. Selepas viralnya menu ini di negara kita, ramai dalam kalangan pelanggan yang ingin membeli roti ini terpaksa pulang dengan hampa kerana selalu kehabisan stok.

Jadi, inilah masanya untuk anda buat sendiri roti viral ini kerana langkah-langkahnya mudah sahaja. Makan pun puas bila buat sendiri kan?

RESEPI KOREAN CHEESY GARLIC BREAD

Korean Cheesy Garlic Bread adalah makanan jalanan Korea yang sangat popular. Dengan adunan keju dan sos mentega, ia sangat enak dimakan bila bila masa sahaja. Tak perlu ke Korea untuk menikmatinya. Jom saya kongsikan cara cepat untuk menyediakannya. Selamat mencuba.

NOTA KAKI:

1. Model : Air Fryer Philips HD9216

2. Panaskan dahulu AF pada suhu 180°C selama 5min.

3. Loyang digunakan saiz 6 inchi. Boleh beli di kedai online. Carikan Accessory Air Fryer.

4. Boleh guna pinggan besi yang dijual dikedai Eco.

5. Boleh juga campur sos cili kedalam adunan cheese jika nak rasa yang pedas.

6. Boleh simpan dalam peti sejuk. Panaskan balik keesokan hari.

7. Resepi ini sesuai untuk pengguna ketuhar. Bakar ikut masa tapi kena kerap pantau . Boleh tambah suhu / masa ikut ketuhar.

8. Saya gunakan roti bun yang sedia dijual dikedai. Boleh guna bun biasa, bun kismis, bun wholemeal dan lain lain.

Bahan Bahan

Inti

-100g Cream Cheese

-30ml Whipping Cream

-2 sudu besar Madu

Sos

-100g Mentega

-1 labu Bawang Putih dicincang

-2 sudu besar Herba Parsley Kering

-2 sudu besar Keju Parmesan

-1 biji Telur

Cara Penyediaan setiap bahan:

1. Potong roti bun ke 6 bahagian . Tanpa potong putus dibawah. Ketepikan.

Sediakan Inti :

1. Lembutkan cream cheese .

2. Masukkan whipping cream dan madu. Gaul sebati. Masukkan kedalam piping bag. Ketepikan.

Sediakan Sos :

1. Cairkan mentega pada api kecil / sederhana. Tutup api.

2. Masukkan bawang putih cincang dan herba parsley kering. Gaul sehingga mentega agak sejuk.

3. Bila mentega sedikit sejuk, baru masukkan telur dan keju Parmesan. Gaul sebati. Ketepikan. Jangan masukkan telur bila mentega masih panas nanti terjadi pulak telur goreng.

Cara Penyediaan Korean Cheesy Garlic Bread

1. Isikan inti cream cheese disetiap belahan roti. Isikan separuh , takut muak.

2. Tuang sos mentega kedalam setiap belahan roti dan bahagian atas. Alaskan roti didalam loyang yang akan dibakar dalam Air Fryer.

3. Bakar pada suhu 180°C / 5min.

Siap untuk dimakan!

Posted by Amanda Tan on Saturday, July 18, 2020

Sumber: Amanda Tan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×